B
|
ebola matanya bergerak
dengan pantas ke kiri dan ke kanan. Sejak dari tadi, kepalanya runsing dengan
baju yang hendak dipakainya malam ini. Tangannya bergerak pantas menyelongkar
almarinya yang dipenuhi dengan pelbagai jenis pakaian dari pelbagai jenama yang
terkenal. Dia mengambil salah satu gaun malam kegemarannya. Bibirnya menguntum
senyuman.
“Cantik!” Bisik hatinya. Kemudian, dia
mengenakan gaun labuh yang berwarna hitam itu. Setelah itu, dia mendandan
rambutnya lalu mengenakan pula solekan pada wajahnya itu. Dia berhati- hati
menyapu bedak asas ke mukanya. Senyumannya bertambah menawan setelah gincu
dikenakan di bibirnya yang munggil itu. Dia melihat jam dindingnya.
“Alamak... dah
terlewat lah!” Dia mengambil beg tangannya lalu bergegas ke keretanya. Enjin
dihidupkan. Radio Era dimainkan di keretanya. Sophea mengambil telefon bimbitnya
lalu menyambungkan pada earphone miliknya. Dia mendail nombor telefon Aliyana.
“Assalammualaikum.”
“Wa’alaikumsalam.”
“Hello, Ana?”
“Ya, kenapa Sophea?”
“Emm... Ana,
kita minta maaf sebab sampai lewat. Kita baru je bertolak dari rumah ni.” Sophea
bimbang kerana dia telah menyusahkan kawan lamanya itu.
“Oh, macam tu
rupanya... tak apa, kita boleh tunggu...” Kata- kata Aliyana membuatkan hati Sophea lega sedikit.
“Kita baru je
sampai dengan Mia ni. Awak pakai baju apa ye?”
“Kita pakai
night dress warna hitam. Kenapa awak tanya?”
“Oh, okey. Saje
tanya, sebab nanti lagi senang nak cam awak. Kan dah lama tak jumpa. Takut
nanti tak kenal pulak.”
“Hm, betul jugak
kan... Okey, Aliyana. Inshaallah, nanti kita sampai. Kita tengah drive ni. Assalammualaikum.”
“Emm... wa’alaikumsalam. Hati- hati drive tu tau...”
Sophea memutuskan
talian. Dia menguatkan lagi volume radio keretanya yang sedang memainkan lagu.
Hatinya berbunga riang, tidak sabar menunggu saat- saat berjumpa dengan kawan
lamanya. Tetapi, dia juga bakal berjumpa dengan kekasih lama tanpa sangkaannya.
“Milo Ais dengan
Nasi Pattaya satu, ye.” Pesan Aliyana kepada pelayan yang tinggi lampai dari
Bandung itu dengan senyuman. Pelayan itu membalas dengan senyuman juga.
“Buk yang cantik
ini pula, mau pesan apa ya?”
Damia menoleh
ke arah pelayan tersebut apabila sedar dirinya ditanya.
“Cantik? Wow, Mia... Awak dah ada peminat kat restoran ni lah...” Aliyana mengusik Damia diikuti gelak tawa kecil. Damia tersipu malu.
“Awak ni... hish... asyik usik kita je!”, tutur Damia dengan perasaan malu dan marah.
“Saya nak Nasi
Paprik dan milo ais”, balas Damia, sambil melemparkan senyuman yang manis.
“Baiklah, ibu-
ibu sekalian sila tunggu sebentar ya.” Pelayan yang murah dengan senyuman itu
beredar untuk ke meja yang berada di sudut kedai itu.
“Ana, awak kata
nak tunggu diorang tu.”
“Memanglah nak
tunggu. Sambil tu, order lah dulu. Kan banyak orang yang datang malam ni, takut
lambat siap pesanan kita pulak. Lagi satu, Sophea kata tadi dia baru je
bertolak.” Ujar Aliyana.
“Oh...” Ujar Damia sambil menganggukkan kepalanya.
“So, jadi tak
plan kita malam ni?”
“Insyaallah, kalau tak ada apa- apa yang
menghalang, jadi lah tu.” Ujar Aliyana.
Tiba- tiba, Damia memicit- micit dahinya. Matanya dipejam rapat. Aliyana menjadi risau
apabila Damia mengerang kesakitan.
“Aduh...
Sakitnya kepala kita.... Ana... tolong... kita...” Ayatnya tersekat- sekat,
kebarangkalian kerana sakit kepala yang dialaminya.
“Mia, awak ni
kenapa? Awak okey?”, soal Aliyana sejurus mendengar ayat terakhir kawannya itu.
Beberapa minit
kemudian, sakit kepalanya menghilang. Begitulah keadaannya sejak kebelakangan
ini. Tiba- tiba sakit kepalanya menyerang, kemudian menghilang kembali. Tidak
diketahui apakah sebabnya, malah penyebabnya. Damai hanya mengambil ringan
sahaja akan perkara ini. Dia menganggap bahawa sakit yang dialaminya hanyalah
pening kepala yang biasa- biasa sahaja. Puas juga Aliyana memujuknya untuk ke
klinik. Tetapi, Damia kerap menolak atas alasan bahawa dia tidak akan apa-
apa.
“Mia? Kenapa
ni?” Aliyana bertambah risau apabila tiba- tiba Damia senyap, tidak
menunjukkan apa- apa reaksi. Aliyana menggongcang- goncangkan bahu Rifhanie.
“Ana.... Kita
okey je.” Kata Damia dengan lemah.
“Kenapa tadi?
Sakit kepala tu, datang lagi ke?”
Damia hanya
mengganguk lemah.
“Tu lah, kita
suruh awak pergi klinik, tapi awak asyik cakap yang awak okey je...” Aliyana
mengeluh kecil.
“Takpe, Ana.
Kita okey je ni. Don’t worry about me.” Damia senyum tawar. Dia meyakinkan Aliyana bahawa dia dalam keadaan yang baik. Nada dering telefon bimbit Aliyana yang bertajuk ‘Aku Suka Dia’ tiba- tiba berbunyi.
“Assalammualaikum...” Aliyana memulakan perbualan.
“Wa’alaikumsalam. Aliyana, kita dah sampai ni. Awak kat mana?”
“Oh, baguslah
awak dah sampai. Kita kat dalam. Meja yang paling tepi. Kita pakai dress labuh warna ungu. Awak nampak tak?”
“Em... jap.” Sophea cuba memerhatikan keadaan sekeliling.
“Wait... Sophea,
awak pakai baju hitam bling- bling dan rambut panjang, kan?”
“Ha’ah... Awak
kat mana ni?”
Aliyana tersenyum.
“Kita kat belakang awak. Maksud kita, pusing belakang. Kita tengah melambai-
lambai kat awak ni. Nampak tak?” Tangan kiri Aliyana melambai- lambai ke arah Sophea, sementara tangan kanannya pula memegang telefon.
“Eh... Nampak!
Kita dah nampak awak! Sekejap, ye.” Sophea berasa teruja apabila bersua dengan
kawan lama setelah beberapa tahun berpisah.
“Mia, Sophea
dalam perjalanan nak datang ke sini. Jangan lupa tau, plan kita tu.”
“Okey, beres.”
Jawab Damia dengan penuh yakin.
“Ish... mana
Restoran Dol tu? Tak jumpa- jumpa jugak.” Daniel mengomel sendirian.
Sejak tadi,
dahinya berkerut mencari alamat restoran tersebut yang telah diberi Aliyana.
“Dalam GPS pun
tak ada... Betul ke restoran ni wujud?” Soalan yang belum pasti terjawab
tercetus di fikirannya. Dia mengeluh kecil. Kemudian, dia tersenyum kerana sudah
ternampak stesen minyak Shell yang berada bersebelahan restoran yang
dimaksudkan Aliyana tersebut. Dia memakirkan kereta sportnya itu dengan berhati-
hati. Maklumlah, kereta baharu. Mahal pula tu.
“Restoran Dol
Tomyam? Emm... betul lah ni.” Bisik hatinya. Dia mengeluarkan Galaxy Notenya
lalu menelefon Aliyana. Aliyana mengangkat
telefonnya.
“Hello. Aliyana...”
“Hello. Daniel?
Kau dah sampai ke?”
“Rasanyalah... aku rasa, aku dah sampai.”
Aliyana sedikit
bimbang. Nampaknya, plannya yang dirancang terlebih awal tidak beberapa
menjadi.
“Oh... baguslah. Emm... Kau masuk dulu, tunggu aku dengan Mia kat dalam. Aku tengah
teman Mia kat tandas sekarang ni. Sekejap lagi aku masuk. Tunggu sekejap eh?
Boleh kan?” Aliyana cuba mengelat.
“Emm... Okay.
Jangan lambat sangat.” Daniel mengakhiri perbualan.
“Hish... aku
hairanlah. Kalau pompuan nak pegi tandas, mesti berteman. Dah la lama pulak tu.
Entah apa la seronok sangat kat tandas tu.” Daniel mengomel sendirian.
Aliyana cuba
memberikan isyarat kepada Damia agar memulakan rancangan rahsia mereka itu. Damia mengangguk, tanda faham dengan isyarat kawannya itu. Sophea yang berada
di situ hanya terkebil- kebil melihat mereka. Keadaan menjadi sunyi sepi antara
mereka bertiga di meja makan tersebut. Tiba- tiba, Damia berdiri dan
bersuara.
“Sophea, kita nak
pergi tandas dulu lah. Kita nak basuh muka. Mengantuk lah tadi...” Damia berpura- pura menguap dan meraup mukanya beberapa kali.
“Ana, teman
kita jap.”
“Okay.” Aliyana
membetulkan kainnya lalu berdiri.
“Eh, korang...
Janganlah tinggalkan kita sorang- sorang kat sini. Ana, temanlah kita kat
sini. Please....” Sophea berkata dalam nada yang merayu.
“Emm... Sophea,
apa kata awak pergi order dulu makanan awak. Tadi, kita dan Mia dah order.
Lagipun, banyak orang yang datang kat sini malam ni. Kita nak basuh tangan ni.
Kita pergi sekejap je, tau...” Aliyana cuba memberikan alasan yang agak
munasabah. Sophea menarik muka.
“Ye lah. Awak
jangan pergi lama- lama tau!” Aliyana dan Damia hanya mengangguk.
“Ana, janganlah
jalan laju sangat.”
“Mia, kita kena
cepat. Kalau tak, Daniel tu nampak kita pulak.”
Mereka
mempercepatkan langkah mereka ke arah tempat yang tersorok supaya mereka boleh
mengintai apa yang berlaku antara Daniel dan Sophea. Senyuman terukir di bibir Aliyana.
“Mia, kita duduk
kat sini je lah. Tersorok, dan juga boleh nampak diorang kat meja makan kat
sana tu.” Ujar Aliyana apabila mendekati semak samun di tepi restoran tersebut.
“Emm... kat
sini, je?”
“Dah tu, kat
mana lagi?” Mereka duduk bertinggung di sebalik semak samun di tepi restoran
itu. Tiba- tiba, mereka ternampak seorang lelaki yang berbadan tegap, memakai
t- shirt biru lembut dan sepasang jeans hitam memasuki restoran tersebut. Damia menyiku Aliyana.
“Ana, itulah Daniel. Betul kan?” Aliyana cepat- cepat mengalihkan pandangannya ke arah dalam restoran tersebut. Dia membetulkan
cermin matanya.
“Ha’ah. Betul
tu.”
“So, apa yang
kita nak buat sekarang?”
“Just stay here
and wacthing them.” Jawab Aliyana, serius.
Sophea kelihatan gelisah.
Sejak dari tadi, kelibat dua orang rakan lamanya itu tidak kelihatan. Dia
mengerling jam tangannya.
“Haish...
Lamanya diorang pergi tandas. Takkanlah tertidur kot kat sana..” Dia menyedut
perlahan- lahan air kiwinya itu. Sesekali mukanya berkerut, menahan kemasaman
minumannya itu.
“Ish...
kenapalah aku order air ni? Dahlah masam...” Dia merungut terhadap dirinya.
Bebola matanya terpandang seorang lelaki yang mundar- mandir beberapa langkah
di hadapan meja makannya. Sesekali lelaki itu duduk, sesekali lelaki itu
memandang sekeliling restoran itu.
Sophea berasa
hairan dengan tindak tanduk lelaki yang sebaya dengannya itu. Dia memerhatikan
lelaki itu dari jauh. Tiba- tiba, lelaki itu berjalan menuju ke arahnya. Dengan
pantas, dia berpura- pura menaip mesej di telefonnya.
“Assalammualaikum.”
Suara lelaki itu cukup membuatkannya berdebar- debar. Dia menelan air liurnya.
“Wa’alaikumsalam.”
Jawabnya, ringkas.
“Adakah saya
mengganggu awak?”
“Eh, tak. Tak de
lah...” Dia masih tidak berani untuk mengangkat mukanya. Dia takut bahawa
perbuatannya memerhati lelaki itu telah diketahui.
“Tumpang tanya,
awak nampak tak dua orang perempuan lebih kurang sebaya awak?” Minyak wangi
lelaki itu menusuk ke hidung Amira. Kembang kempis hidungnya menahannya.
“Emm.... kenapa?” Selamba sahaja Sophea menyoal lelaki itu.
“Er.... kenapalah kau tanya soalan tu kat dia? Ish.. Sophea, Sophea...” Dia berkata di
dalam hatinya.
“Bukan apa, saya
datang kat sini nak berjumpa kawan lama saya. Saya dah tunggu diorang ni dah 10
minit. Diorang kata nak pergi tandas, suruh saya tunggu diorang kat sini. Kalau
awak tak nampak, takpe lah. Terima kasih.”
Sebelum lelaki
itu melangkah pergi, dengan pantas Sophea berkata, “tunggu sekejap.” Lelaki itu
menoleh ke arahnya. Akhirnya, mereka bertentangan mata. Tiba- tiba, lagu
‘Bawaku Terbang’ oleh kumpulan Fabulous
Cat dimainkan di restoran itu. Mereka bertentangan mata agak lama.
“Mia, tengok tu!
Diorang dah berjumpa lah!” Kata Aliyana sambil menyiku Damia.
“Emm... Kita
tengah tengok la ni... weh Ana, kita nak pergi tandas lah kejap. Nak basuh
muka. Awak tunggu je lah kat sini sorang- sorang...” Ujar Damia.
“Ye lah...”
Jawab Aliyana, ringkas. Dia kembali menfokuskan anak matanya ke dalam restoran itu
untuk melihat apa yang terjadi.
Tiba- tiba,
pelayan di restoran itu membawa pesanan makanan ke meja Sophea.
“Buk, ini
pesanannya.” Pelayan itu pelik dengan keadaan mereka berdua.
“Buk?” Pelayan
itu memanggil buat kali kedua. Namun, masih tiada respon daripada mereka
berdua.
“Hallo?” Pelayan
itu melambai- lambai di depan muka mereka berdua. Barulah Sophea sedar dari
keasyikan bertentangan mata dengan lelaki itu.
“Ops... sorry,
encik. Letak je kat sini. Terima kasih.” Ujar Sophea kepada pelayan itu.
“Sama- sama. Ini
bilnya. Bayar di kaunter sana, ya.” Balas pelayan itu sambil menunjukkan
kaunter pembayaran. Amira hanya mengangguk dengan sebuah senyuman di bibirnya.
Dia memandang kembali lelaki yang berada di depannya itu.
“Sorry... Tadi
tu... Saya...” Sophea tergagap- gagap menerangkan apa yang berlaku sebentar
tadi.
“Takpe. Saya pun
rasa pelik tadi. Mintak maaf.”
“Emm.... takpe.
Kat mana kita tadi?” Sophea cuba mengingatkan kembali topik yang dibincang
mereka tadi.
“Pasal dua orang
kawan saya tu... Awak ada nampak tak?”
“Ooh... Jap...
Kawan awak tu, dua- dua bertudung, dan seorang lagi pakai cermin mata kan?”
“Ha’ah. Betul
tu.” Lelaki itu mengangguk.
“Cermin mata dan
jam tangan warna ungu. Kan?” Sekali lagi lelaki itu mengangguk.
“Awak ada nampak
diorang ke?”
Sophea senyum lebar. “Ya. Nampak sangat. Diorang tu jugak kawan saya. Nama diorang, Aliyana
dan Damia kan?”
“Oh, ye ke.
Betul lah tu...”
Dahi Sophea berkerut. “Awak ni siapa eh?”
“Nama saya Daniel.
Selamat berkenalan. Awak?”
“Danill? Emm...
Saya Sophea. Izzy Sophea.” Mereka membutangkan mata seperti kelihatan
terkejut. Mereka seperti sudah kenal diri masing- masing. Sebenarnya, Daniel
adalah kawan dan juga kekasih lama Sophea sewaktu sekolah dahulu.
“Jap.... Daniel? Daniel Shahmi? Kau ke ni?” Sophea seperti terkejut.
“Ya, betul tu.
Kau pulak, Izzy Sophea Azlean Hunwick kan?” Sophea hanya mengangguk.
“Keciknya
dunia....” Mereka berkata serentak.
“Jap, macam mana
kau boleh ada kat sini?” Soal Sophea.
“Macam aku cakap
tadi lah. Aliyana dan Damia ajak aku datang kat sini. Kau pulak?”
“Aku pun sama...
Aku tengah tunggu diorang ni. Diorang kata, diorang nak pergi tandas. Aku dah
tunggu lama dah ni.”
“Eh, sama lah
dengan aku.”
“Kau rasa,
diorang ni saja nak kenakan kita tak?” Ujar Sophea.
“Ye lah kut. Aliyana tu, tak habis- habis kenakan aku dengan kau.”
“Hish.. diorang
ni. Jap, aku telefon Aliyana.” Sophea mendail nombor telefon Aliyana lalu
mendekatkan telefon bimbitnya ke telinga. Dia keluar dari restoran tersebut.
‘Aku lihat dia
di sana...’ Aliyana terkejut apabila tiba- tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia
melihat panggilan masuk daripada Sophea. Dia berasa panik.
“Adus... habislah aku... Nak jawab ke tak ni?” Aliyana mula mengetap bibirnya. Sophea
berasa hairan apabila terdengar lagu ‘Aku Suka Dia’ berdekatan dengan semak di
luar restoran itu. Dia cuba mencari arah datangnya lagu itu.
Aliyana cuba
menekan butang ‘end call’. Tetapi, malangnya telefon bimbitnya jatuh dari
pegangannya pula. Akhirnya, Sophea terjumpa Aliyana di sebalik semak- samun berdekatan
restoran itu.
“Aliyana? Apa yang
awak buat kat sini?” Kening Sophea bertaut.
“Hai, Sophea...” Aliyana hanya tersengih dan mengetap bibirnya.
“Habislah
aku...”, bisik hatinya. Dia bangun dan masuk ke dalam restoran tersebut bersama Sophea.
Dia terpaksa menceritakan
rancangan rahsianya kepada Daniel dan juga Sophea. Sophea kelihatan marah,
tetapi Daniel hanya membuat muka yang selamba sahaja. Aliyana memandang ke
lantai, tidak mahu rasa bersalah menguasai dirinya. Aliyana menelan air liurnya
sebelum memulakan kata.
“Wey, korang....
Aku mintak maaf. Maafkan aku, please?” Aliyana berkata dalam nada yang merayu.
“Awak ni, tak
habis- habis nak kenakan kita dengan Daniel...” Sophea kecewa dengan tindakan Aliyana itu.
“Takpe, aku
maafkan. Lagipun, aku nak berterima kasih.” Daniel berkata selamba. Aliyana
berasa hairan.
“Hah? Terima
kasih? Sebab apa?”
“Kalau bukan
sebab kau, aku tak mungkin jumpa dengan Sophea lagi.”
“Oh...” Aliyana
mengangguk perlahan.
“Sekali lagi,
aku berterima kasih sebab mempertemukan kami semula.” Ujar Daniel dengan
senyuman.
“Welcome. Daniel,
kau sebenarnya rindu dengan Sophea kan?” Aliyana menjongketkan kedua- kedua
keningnya. Daniel terdiam. Begitu juga dengan Sophea. Muka mereka kelihatan
kemerah- merahan, mungkin kerana malu.
“Takpe lah kalau
kau tak nak jawab. Tapi, aku tahu yang kau masih rindukan Sophea.”
“Eh, Ana.
Jomlah makan. Nanti sejuk pulak makanan ni.” Sophea cuba mengubah topik. Dia
memang handal dalam hal menukar topik.
“Ana, mana mMia?” Soal Sophea setelah sedar bahawa Damia tiada bersama Aliyana.
“Oh, dia kata
dia nak pergi tandas tadi. Dia nak basuh muka.” Tutur Aliyana dengan yakin.
“Emm... Pergi
tandas? Bila dia pergi?”
“Kira- kira
seminit sebelum awak jumpa kita tadi. Kenapa?” Sophea melihat jam tangannya.
Mukanya menunjukkan sedikit kebimbangan.
“Ish... takkan
lah lama betul dia pergi tandas? Basuh muka je kan?”
“Eh, betul
lah... Sophea, teman kita jap pergi tandas. Risau lah pulak kita... Takut apa-
apa terjadi kat dia ke...” Aliyana bimbang bahawa kejadian yang tak diingini berlaku.
“Okay. Daniel, kau
order lah dulu makanan kau. Tolong jaga makanan kitaorang sekali. Terima
kasih.” Pesan Sophea.
“Emm... Okay.”
Jawab Daniel, pendek.
Aliyana dan Sophea bergegas ke
tandas. Setibanya mereka di tandas, mereka membuntangkan mata kerana terkejut
apa yang dilihat. Rupa- rupanya, ketakutan Aliyana menjadi benar. Damia pengsan, tersandar di dinding tandas.
“Mashaallah, Mia!” Mereka berkata serentak. Dengan pantas, mereka mendapatkan Damia. Sophea memangku Damia. Manakala, Aliyana cuba menyedarkan Damia.
“Mia,
bangunlah.” Aliyana menggoncang- goncangkan tubuh Damia yang longlai. “Sophea,
apa yang kita nak buat ni?”
“Sekejap. Biar
kita tengok keadaan dia dulu.” Sophea melihat mata dan bibirnya. Sesekali dia
meletakkan jarinya di bawah hidung Damia.
“Dia pengsan.
Muka dan bibirnya pucat. Kita rasa, baik kita bawa dia ke klinik dengan
segera.” Sophea berkata dengan yakin.
“Kan dia pengsan
ni. Siapa nak angkat dia?”
Sophea terdiam.
“Apa kata awak sedarkan dia dulu. Lepas tu, kita sama- sama papah dia keluar.”
“Okay.” Aliyana
menadah air paip dari sinki yang berdekatan. Kemudian, dia merenjis- renjiskan
sedikit air ke muka Damia.
“Damia?” Aliyana
memanggil Damia setelah dia sedar. Matanya begitu berat untuk dibuka.
“Ana... kita.... kat..... mana....” Damia berkata dengan lemah.
“Mia, syukurlah
awak dah sedar. Kenapa awak pengsan ni?” Soal Aliyana, menginginkan kepastian.
“Ana... kepala....... kita.... pening... sakit...” Jawab Damia dengan suara yang
terputus- putus sambil memegang kepalanya yang sakit.
“Mia, boleh awak
bertahan sekejap? Kita nak bawak awak ke klinik ni.”
Damia hanya
mengangguk lemah.
“Ana, cepatlah.
Tolong kita papah dia.”
“Okay.” Aliyana
dan Sophea memapah Damia keluar dari tandas.
“Sophea, sekarang ni apa yang kita nak buat?” Muka Aliyana menunjukkan kerisauan.
“Emm... kita... haa! Kita semua masuk dalam dulu, jumpa Daniel dan jelaskan apa yang berlaku.”
“Okay, then?
Kita buat apa?”
“Then, kita
bawaklah Mia pergi klinik. Naiklah kereta siapa- siapa ke...” Terang Sophera
dengan jelas. Aliyana berfikir sejenak. Sebuah senyuman terhias di bibirnya.
“Sophea, apa kata
kita tumpang kereta Daniel nak?”
“Daniel? Kenapa
kereta dia?” Sophea kelihatan terkejut.
“Alah... Sekali
sekala dapat rasa naik kereta baru. Kereta mahal pulak tu.” Ujar Aliyana dengan
perasaan teruja.
“Kereta dia,
kereta apa?” Soal Sophea yang masih tidak jelas.
“Ferrari...
Warna merah.” Dengan tiba- tiba, mulut Sophea ternganga luas cukup muat untuk
dua jarinya masuk. Dia dengan pantas menutup kembali mulutnya apabila sedar
orang di sekeliling restoran itu memerhatikannya.
“What? Biar
betul?” Aliyana hanya mengangguk.
“Kaya giler
budak tu!”
“Ayah dia yang
hadiahkan dia sebab dah graduate. Best kan dia. Biasalah, ayah dia Datuk.” Aliyana memberi sedikit maklumat tambahan.
“Oh... eh, Ana.
Kesian Mia ni. Kita asyik bersembang je kat sini. Cepat lah masuk.” Ujar Sophea.
“Eh, betul lah.
Iish...” Mereka bertiga masuk ke restoran tersebut semula. Sophea dan Aliyana berjalan dengan pantas sambil
memapah Damia ke arah meja yang diduduki Daniel. Daniel hairan.
“Eh, tadi korang
pergi mana?” Sophea dan Aliyana menarik nafas sebelum menghembus kembali.
“Daniel, tolong Damia.” Sophea berkata dalam nada serius.
“Hah? Tolong Mia? Kenapa dengan dia?” Daniel masih dalam kebingungan.
“Damia pengsan kat tandas tadi. Boleh tak tolong bawak dia pergi klinik?” Aliyana
menjawab.
“Kenapa aku
jugak? Korang tak ada kereta ke? Korang pergilah, aku tunggu je kat sini. Nanti
makanan sampai, siapa nak bayar?” Aliyana dan Sophea melepaskan keluhan.
“Ish, kau ni!
Banyak betul kau punya alasan.” Sophea berkata dengan nada yang marah.
“Daniel, tolong
lah hantarkan kitaorang ke klinik. Ni kawan kau tahu tak? Takkan lah kau tak
nak tolong?” Aliyana menambah. Daniel menjongketkan kedua-dua keningnya, sambil
membuat muka yang terpaksa.
“Okey lah. Jap,
aku nak ambik kunci kereta aku.” Dia bangun dari kerusi lalu tangannya menyeluk
poket seluarnya. Selepas beberapa saat meraba- raba poketnya, riak wajahnya
berubah. Aliyana dan Sophea kehairanan lalu memandang sesama sendiri.
“Ha, kenapa ni Daniel?” Aliyana bertanya.
“Habislah. Mana
kunci kereta aku?!” Daniel teriak kecil.
No comments:
Post a Comment