08 October 2013

Bab 3- Terkantoi!

B
ebola matanya bergerak dengan pantas ke kiri dan ke kanan. Sejak dari tadi, kepalanya runsing dengan baju yang hendak dipakainya malam ini. Tangannya bergerak pantas menyelongkar almarinya yang dipenuhi dengan pelbagai jenis pakaian dari pelbagai jenama yang terkenal. Dia mengambil salah satu gaun malam kegemarannya. Bibirnya menguntum senyuman.
 “Cantik!” Bisik hatinya. Kemudian, dia mengenakan gaun labuh yang berwarna hitam itu. Setelah itu, dia mendandan rambutnya lalu mengenakan pula solekan pada wajahnya itu. Dia berhati- hati menyapu bedak asas ke mukanya. Senyumannya bertambah menawan setelah gincu dikenakan di bibirnya yang munggil itu. Dia melihat jam dindingnya.
“Alamak... dah terlewat lah!” Dia mengambil beg tangannya lalu bergegas ke keretanya. Enjin dihidupkan. Radio Era dimainkan di keretanya. Sophea mengambil telefon bimbitnya lalu menyambungkan pada earphone miliknya. Dia mendail nombor telefon Aliyana.
“Assalammualaikum.”
“Wa’alaikumsalam.”
“Hello, Ana?”
“Ya, kenapa Sophea?”
“Emm... Ana, kita minta maaf sebab sampai lewat. Kita baru je bertolak dari rumah ni.” Sophea bimbang kerana dia telah menyusahkan kawan lamanya itu.
“Oh, macam tu rupanya... tak apa, kita boleh tunggu...” Kata- kata Aliyana membuatkan hati Sophea lega sedikit.
“Kita baru je sampai dengan Mia ni. Awak pakai baju apa ye?”
“Kita pakai night dress warna hitam. Kenapa awak tanya?”
“Oh, okey. Saje tanya, sebab nanti lagi senang nak cam awak. Kan dah lama tak jumpa. Takut nanti tak kenal pulak.”
“Hm, betul jugak kan... Okey, Aliyana. Inshaallah, nanti kita sampai. Kita tengah drive ni. Assalammualaikum.”
“Emm... wa’alaikumsalam. Hati- hati drive tu tau...”
Sophea memutuskan talian. Dia menguatkan lagi volume radio keretanya yang sedang memainkan lagu. Hatinya berbunga riang, tidak sabar menunggu saat- saat berjumpa dengan kawan lamanya. Tetapi, dia juga bakal berjumpa dengan kekasih lama tanpa sangkaannya.


“Milo Ais dengan Nasi Pattaya satu, ye.” Pesan Aliyana kepada pelayan yang tinggi lampai dari Bandung itu dengan senyuman. Pelayan itu membalas dengan senyuman juga.
“Buk yang cantik ini pula, mau pesan apa ya?”
Damia menoleh ke arah pelayan tersebut apabila sedar dirinya ditanya.
“Cantik? Wow, Mia... Awak dah ada peminat kat restoran ni lah...” Aliyana mengusik Damia diikuti gelak tawa kecil. Damia tersipu malu.
“Awak ni... hish... asyik usik kita je!”, tutur Damia dengan perasaan malu dan marah.
“Saya nak Nasi Paprik dan milo ais”, balas Damia, sambil melemparkan senyuman yang manis.
“Baiklah, ibu- ibu sekalian sila tunggu sebentar ya.” Pelayan yang murah dengan senyuman itu beredar untuk ke meja yang berada di sudut kedai itu.
“Ana, awak kata nak tunggu diorang tu.”
“Memanglah nak tunggu. Sambil tu, order lah dulu. Kan banyak orang yang datang malam ni, takut lambat siap pesanan kita pulak. Lagi satu, Sophea kata tadi dia baru je bertolak.” Ujar Aliyana.
“Oh...” Ujar Damia sambil menganggukkan kepalanya.
“So, jadi tak plan kita malam ni?”
“Insyaallah, kalau tak ada apa- apa yang menghalang, jadi lah tu.” Ujar Aliyana.
Tiba- tiba, Damia memicit- micit dahinya. Matanya dipejam rapat. Aliyana menjadi risau apabila Damia mengerang kesakitan.
“Aduh... Sakitnya kepala kita.... Ana... tolong... kita...” Ayatnya tersekat- sekat, kebarangkalian kerana sakit kepala yang dialaminya.
“Mia, awak ni kenapa? Awak okey?”, soal Aliyana sejurus mendengar ayat terakhir kawannya itu.
Beberapa minit kemudian, sakit kepalanya menghilang. Begitulah keadaannya sejak kebelakangan ini. Tiba- tiba sakit kepalanya menyerang, kemudian menghilang kembali. Tidak diketahui apakah sebabnya, malah penyebabnya. Damai hanya mengambil ringan sahaja akan perkara ini. Dia menganggap bahawa sakit yang dialaminya hanyalah pening kepala yang biasa- biasa sahaja. Puas juga Aliyana memujuknya untuk ke klinik. Tetapi, Damia kerap menolak atas alasan bahawa dia tidak akan apa- apa.
“Mia? Kenapa ni?” Aliyana bertambah risau apabila tiba- tiba Damia senyap, tidak menunjukkan apa- apa reaksi. Aliyana menggongcang- goncangkan bahu Rifhanie.
“Ana.... Kita okey je.” Kata Damia dengan lemah.
“Kenapa tadi? Sakit kepala tu, datang lagi ke?”
Damia hanya mengganguk lemah.
“Tu lah, kita suruh awak pergi klinik, tapi awak asyik cakap yang awak okey je...” Aliyana mengeluh kecil.
“Takpe, Ana. Kita okey je ni. Don’t worry about me.” Damia senyum tawar. Dia meyakinkan Aliyana bahawa dia dalam keadaan yang baik. Nada dering telefon bimbit Aliyana yang bertajuk ‘Aku Suka Dia’ tiba- tiba berbunyi.
“Assalammualaikum...” Aliyana memulakan perbualan.
“Wa’alaikumsalam. Aliyana, kita dah sampai ni. Awak kat mana?”
“Oh, baguslah awak dah sampai. Kita kat dalam. Meja yang paling tepi. Kita pakai dress labuh warna ungu. Awak nampak tak?”
“Em... jap.” Sophea cuba memerhatikan keadaan sekeliling.
“Wait... Sophea, awak pakai baju hitam bling- bling dan rambut panjang, kan?”
“Ha’ah... Awak kat mana ni?”
Aliyana tersenyum. “Kita kat belakang awak. Maksud kita, pusing belakang. Kita tengah melambai- lambai kat awak ni. Nampak tak?” Tangan kiri Aliyana melambai- lambai ke arah Sophea, sementara tangan kanannya pula memegang telefon.
“Eh... Nampak! Kita dah nampak awak! Sekejap, ye.” Sophea berasa teruja apabila bersua dengan kawan lama setelah beberapa tahun berpisah.
“Mia, Sophea dalam perjalanan nak datang ke sini. Jangan lupa tau, plan kita tu.”
“Okey, beres.” Jawab Damia dengan penuh yakin.


“Ish... mana Restoran Dol tu? Tak jumpa- jumpa jugak.” Daniel mengomel sendirian.
Sejak tadi, dahinya berkerut mencari alamat restoran tersebut yang telah diberi Aliyana.
“Dalam GPS pun tak ada... Betul ke restoran ni wujud?” Soalan yang belum pasti terjawab tercetus di fikirannya. Dia mengeluh kecil. Kemudian, dia tersenyum kerana sudah ternampak stesen minyak Shell yang berada bersebelahan restoran yang dimaksudkan Aliyana tersebut. Dia memakirkan kereta sportnya itu dengan berhati- hati. Maklumlah, kereta baharu. Mahal pula tu.
“Restoran Dol Tomyam? Emm... betul lah ni.” Bisik hatinya. Dia mengeluarkan Galaxy Notenya lalu menelefon Aliyana. Aliyana mengangkat  telefonnya.
“Hello. Aliyana...”
“Hello. Daniel? Kau dah sampai ke?”
“Rasanyalah... aku rasa, aku dah sampai.”
Aliyana sedikit bimbang. Nampaknya, plannya yang dirancang terlebih awal tidak beberapa menjadi.
“Oh... baguslah. Emm... Kau masuk dulu, tunggu aku dengan Mia kat dalam. Aku tengah teman Mia kat tandas sekarang ni. Sekejap lagi aku masuk. Tunggu sekejap eh? Boleh kan?” Aliyana cuba mengelat.
“Emm... Okay. Jangan lambat sangat.” Daniel mengakhiri perbualan.
“Hish... aku hairanlah. Kalau pompuan nak pegi tandas, mesti berteman. Dah la lama pulak tu. Entah apa la seronok sangat kat tandas tu.” Daniel mengomel sendirian.
Aliyana cuba memberikan isyarat kepada Damia agar memulakan rancangan rahsia mereka itu. Damia mengangguk, tanda faham dengan isyarat kawannya itu. Sophea yang berada di situ hanya terkebil- kebil melihat mereka. Keadaan menjadi sunyi sepi antara mereka bertiga di meja makan tersebut. Tiba- tiba, Damia berdiri dan bersuara.
“Sophea, kita nak pergi tandas dulu lah. Kita nak basuh muka. Mengantuk lah tadi...” Damia berpura- pura menguap dan meraup mukanya beberapa kali.
“Ana, teman kita jap.”
“Okay.” Aliyana membetulkan kainnya lalu berdiri.
“Eh, korang... Janganlah tinggalkan kita sorang- sorang kat sini. Ana, temanlah kita kat sini. Please....” Sophea berkata dalam nada yang merayu.
“Emm... Sophea, apa kata awak pergi order dulu makanan awak. Tadi, kita dan Mia dah order. Lagipun, banyak orang yang datang kat sini malam ni. Kita nak basuh tangan ni. Kita pergi sekejap je, tau...” Aliyana cuba memberikan alasan yang agak munasabah. Sophea menarik muka.
“Ye lah. Awak jangan pergi lama- lama tau!” Aliyana dan Damia hanya mengangguk.
“Ana, janganlah jalan laju sangat.”
“Mia, kita kena cepat. Kalau tak, Daniel tu nampak kita pulak.”
Mereka mempercepatkan langkah mereka ke arah tempat yang tersorok supaya mereka boleh mengintai apa yang berlaku antara Daniel dan Sophea. Senyuman terukir di bibir Aliyana.
“Mia, kita duduk kat sini je lah. Tersorok, dan juga boleh nampak diorang kat meja makan kat sana tu.” Ujar Aliyana apabila mendekati semak samun di tepi restoran tersebut.
“Emm... kat sini, je?”
“Dah tu, kat mana lagi?” Mereka duduk bertinggung di sebalik semak samun di tepi restoran itu. Tiba- tiba, mereka ternampak seorang lelaki yang berbadan tegap, memakai t- shirt biru lembut dan sepasang jeans hitam memasuki restoran tersebut. Damia menyiku Aliyana.
“Ana, itulah Daniel. Betul kan?” Aliyana cepat- cepat mengalihkan pandangannya ke  arah dalam restoran tersebut. Dia membetulkan cermin matanya.
“Ha’ah. Betul tu.”
“So, apa yang kita nak buat sekarang?”
“Just stay here and wacthing them.” Jawab Aliyana, serius.


Sophea kelihatan gelisah. Sejak dari tadi, kelibat dua orang rakan lamanya itu tidak kelihatan. Dia mengerling jam tangannya.
“Haish... Lamanya diorang pergi tandas. Takkanlah tertidur kot kat sana..” Dia menyedut perlahan- lahan air kiwinya itu. Sesekali mukanya berkerut, menahan kemasaman minumannya itu.
“Ish... kenapalah aku order air ni? Dahlah masam...” Dia merungut terhadap dirinya. Bebola matanya terpandang seorang lelaki yang mundar- mandir beberapa langkah di hadapan meja makannya. Sesekali lelaki itu duduk, sesekali lelaki itu memandang sekeliling restoran itu.
Sophea berasa hairan dengan tindak tanduk lelaki yang sebaya dengannya itu. Dia memerhatikan lelaki itu dari jauh. Tiba- tiba, lelaki itu berjalan menuju ke arahnya. Dengan pantas, dia berpura- pura menaip mesej di telefonnya.
“Assalammualaikum.” Suara lelaki itu cukup membuatkannya berdebar- debar. Dia menelan air liurnya.
“Wa’alaikumsalam.” Jawabnya, ringkas.
“Adakah saya mengganggu awak?”
“Eh, tak. Tak de lah...” Dia masih tidak berani untuk mengangkat mukanya. Dia takut bahawa perbuatannya memerhati lelaki itu telah diketahui.
“Tumpang tanya, awak nampak tak dua orang perempuan lebih kurang sebaya awak?” Minyak wangi lelaki itu menusuk ke hidung Amira. Kembang kempis hidungnya menahannya.
“Emm.... kenapa?” Selamba sahaja Sophea menyoal lelaki itu.
“Er.... kenapalah kau tanya soalan tu kat dia? Ish.. Sophea, Sophea...” Dia berkata di dalam hatinya.
“Bukan apa, saya datang kat sini nak berjumpa kawan lama saya. Saya dah tunggu diorang ni dah 10 minit. Diorang kata nak pergi tandas, suruh saya tunggu diorang kat sini. Kalau awak tak nampak, takpe lah. Terima kasih.”
Sebelum lelaki itu melangkah pergi, dengan pantas Sophea berkata, “tunggu sekejap.” Lelaki itu menoleh ke arahnya. Akhirnya, mereka bertentangan mata. Tiba- tiba, lagu ‘Bawaku Terbang’ oleh  kumpulan Fabulous Cat dimainkan di restoran itu. Mereka bertentangan mata agak lama.
“Mia, tengok tu! Diorang dah berjumpa lah!” Kata Aliyana sambil menyiku Damia.
“Emm... Kita tengah tengok la ni... weh Ana, kita nak pergi tandas lah kejap. Nak basuh muka. Awak tunggu je lah kat sini sorang- sorang...” Ujar Damia.
“Ye lah...” Jawab Aliyana, ringkas. Dia kembali menfokuskan anak matanya ke dalam restoran itu untuk melihat apa yang terjadi.
Tiba- tiba, pelayan di restoran itu membawa pesanan makanan ke meja Sophea.
“Buk, ini pesanannya.” Pelayan itu pelik dengan keadaan mereka berdua.
“Buk?” Pelayan itu memanggil buat kali kedua. Namun, masih tiada respon daripada mereka berdua.
“Hallo?” Pelayan itu melambai- lambai di depan muka mereka berdua. Barulah Sophea sedar dari keasyikan bertentangan mata dengan lelaki itu.
“Ops... sorry, encik. Letak je kat sini. Terima kasih.” Ujar Sophea kepada pelayan itu.
“Sama- sama. Ini bilnya. Bayar di kaunter sana, ya.” Balas pelayan itu sambil menunjukkan kaunter pembayaran. Amira hanya mengangguk dengan sebuah senyuman di bibirnya. Dia memandang kembali lelaki yang berada di depannya itu.
“Sorry... Tadi tu... Saya...” Sophea tergagap- gagap menerangkan apa yang berlaku sebentar tadi.
“Takpe. Saya pun rasa pelik tadi. Mintak maaf.”
“Emm.... takpe. Kat mana kita tadi?” Sophea cuba mengingatkan kembali topik yang dibincang mereka tadi.
“Pasal dua orang kawan saya tu... Awak ada nampak tak?”
“Ooh... Jap... Kawan awak tu, dua- dua bertudung, dan seorang lagi pakai cermin mata kan?”
“Ha’ah. Betul tu.” Lelaki itu mengangguk.
“Cermin mata dan jam tangan warna ungu. Kan?” Sekali lagi lelaki itu mengangguk.
“Awak ada nampak diorang ke?”
Sophea senyum lebar. “Ya. Nampak sangat. Diorang tu jugak kawan saya. Nama diorang, Aliyana dan Damia kan?”
“Oh, ye ke. Betul lah tu...”
Dahi Sophea berkerut. “Awak ni siapa eh?”
“Nama saya Daniel. Selamat berkenalan. Awak?”
“Danill? Emm... Saya Sophea. Izzy Sophea.” Mereka membutangkan mata seperti kelihatan terkejut. Mereka seperti sudah kenal diri masing- masing. Sebenarnya, Daniel adalah kawan dan juga kekasih lama Sophea sewaktu sekolah dahulu.
“Jap.... Daniel? Daniel Shahmi? Kau ke ni?” Sophea seperti terkejut.
“Ya, betul tu. Kau pulak, Izzy Sophea Azlean Hunwick kan?” Sophea hanya mengangguk.
“Keciknya dunia....”  Mereka berkata serentak.
“Jap, macam mana kau boleh ada kat sini?” Soal Sophea.
“Macam aku cakap tadi lah. Aliyana dan Damia ajak aku datang kat sini. Kau pulak?”
“Aku pun sama... Aku tengah tunggu diorang ni. Diorang kata, diorang nak pergi tandas. Aku dah tunggu lama dah ni.”
“Eh, sama lah dengan aku.”
“Kau rasa, diorang ni saja nak kenakan kita tak?” Ujar Sophea.
“Ye lah kut. Aliyana tu, tak habis- habis kenakan aku dengan kau.”
“Hish.. diorang ni. Jap, aku telefon Aliyana.” Sophea mendail nombor telefon Aliyana lalu mendekatkan telefon bimbitnya ke telinga. Dia keluar dari restoran tersebut.
‘Aku lihat dia di sana...’ Aliyana terkejut apabila tiba- tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia melihat panggilan masuk daripada Sophea. Dia berasa panik.
“Adus... habislah aku... Nak jawab ke tak ni?” Aliyana mula mengetap bibirnya. Sophea berasa hairan apabila terdengar lagu ‘Aku Suka Dia’ berdekatan dengan semak di luar restoran itu. Dia cuba mencari arah datangnya lagu itu.
Aliyana cuba menekan butang ‘end call’. Tetapi, malangnya telefon bimbitnya jatuh dari pegangannya pula. Akhirnya, Sophea terjumpa Aliyana di sebalik semak- samun berdekatan restoran itu.
“Aliyana? Apa yang awak buat kat sini?” Kening Sophea bertaut.
“Hai, Sophea...” Aliyana hanya tersengih dan mengetap bibirnya.
“Habislah aku...”, bisik hatinya. Dia bangun dan masuk ke dalam restoran tersebut bersama Sophea.
Dia terpaksa menceritakan rancangan rahsianya kepada Daniel dan juga Sophea. Sophea kelihatan marah, tetapi Daniel hanya membuat muka yang selamba sahaja. Aliyana memandang ke lantai, tidak mahu rasa bersalah menguasai dirinya. Aliyana menelan air liurnya sebelum memulakan kata.
“Wey, korang.... Aku mintak maaf. Maafkan aku, please?” Aliyana berkata dalam nada yang merayu.
“Awak ni, tak habis- habis nak kenakan kita dengan Daniel...” Sophea kecewa dengan tindakan Aliyana itu.
“Takpe, aku maafkan. Lagipun, aku nak berterima kasih.” Daniel berkata selamba. Aliyana berasa hairan.
“Hah? Terima kasih? Sebab apa?”
“Kalau bukan sebab kau, aku tak mungkin jumpa dengan Sophea lagi.”
“Oh...” Aliyana mengangguk perlahan.
“Sekali lagi, aku berterima kasih sebab mempertemukan kami semula.” Ujar Daniel dengan senyuman.
“Welcome. Daniel, kau sebenarnya rindu dengan Sophea kan?” Aliyana menjongketkan kedua- kedua keningnya. Daniel terdiam. Begitu juga dengan Sophea. Muka mereka kelihatan kemerah- merahan, mungkin kerana malu.
“Takpe lah kalau kau tak nak jawab. Tapi, aku tahu yang kau masih rindukan Sophea.”
“Eh, Ana. Jomlah makan. Nanti sejuk pulak makanan ni.” Sophea cuba mengubah topik. Dia memang handal dalam hal menukar topik.
“Ana, mana mMia?” Soal Sophea setelah sedar bahawa Damia tiada bersama Aliyana.
“Oh, dia kata dia nak pergi tandas tadi. Dia nak basuh muka.” Tutur Aliyana dengan yakin.
“Emm... Pergi tandas? Bila dia pergi?”
“Kira- kira seminit sebelum awak jumpa kita tadi. Kenapa?” Sophea melihat jam tangannya. Mukanya menunjukkan sedikit kebimbangan.
“Ish... takkan lah lama betul dia pergi tandas? Basuh muka je kan?”
“Eh, betul lah... Sophea, teman kita jap pergi tandas. Risau lah pulak kita... Takut apa- apa terjadi kat dia ke...” Aliyana bimbang bahawa kejadian yang tak diingini berlaku.
“Okay. Daniel, kau order lah dulu makanan kau. Tolong jaga makanan kitaorang sekali. Terima kasih.” Pesan Sophea.
“Emm... Okay.” Jawab Daniel, pendek.


Aliyana dan Sophea bergegas ke tandas. Setibanya mereka di tandas, mereka membuntangkan mata kerana terkejut apa yang dilihat. Rupa- rupanya, ketakutan Aliyana menjadi benar. Damia pengsan, tersandar di dinding tandas.
“Mashaallah, Mia!” Mereka berkata serentak. Dengan pantas, mereka mendapatkan Damia. Sophea memangku Damia. Manakala, Aliyana cuba menyedarkan Damia.
“Mia, bangunlah.” Aliyana menggoncang- goncangkan tubuh Damia yang longlai. “Sophea, apa yang kita nak buat ni?”
“Sekejap. Biar kita tengok keadaan dia dulu.” Sophea melihat mata dan bibirnya. Sesekali dia meletakkan jarinya di bawah hidung Damia.
“Dia pengsan. Muka dan bibirnya pucat. Kita rasa, baik kita bawa dia ke klinik dengan segera.” Sophea berkata dengan yakin.
“Kan dia pengsan ni. Siapa nak angkat dia?”
Sophea terdiam. “Apa kata awak sedarkan dia dulu. Lepas tu, kita sama- sama papah dia keluar.”
“Okay.” Aliyana menadah air paip dari sinki yang berdekatan. Kemudian, dia merenjis- renjiskan sedikit air ke muka Damia.
“Damia?” Aliyana memanggil Damia setelah dia sedar. Matanya begitu berat untuk dibuka. 
“Ana... kita.... kat..... mana....” Damia berkata dengan lemah.
“Mia, syukurlah awak dah sedar. Kenapa awak pengsan ni?” Soal Aliyana, menginginkan kepastian.
“Ana... kepala....... kita.... pening... sakit...” Jawab Damia dengan suara yang terputus- putus sambil memegang kepalanya yang sakit.
“Mia, boleh awak bertahan sekejap? Kita nak bawak awak ke klinik ni.”
Damia hanya mengangguk lemah.
“Ana, cepatlah. Tolong kita papah dia.”
“Okay.” Aliyana dan Sophea memapah Damia keluar dari tandas.
“Sophea, sekarang ni apa yang kita nak buat?” Muka Aliyana menunjukkan kerisauan.
“Emm... kita... haa! Kita semua masuk dalam dulu, jumpa Daniel dan jelaskan apa yang berlaku.”
“Okay, then? Kita buat apa?”
“Then, kita bawaklah Mia pergi klinik. Naiklah kereta siapa- siapa ke...” Terang Sophera dengan jelas. Aliyana berfikir sejenak. Sebuah senyuman terhias di bibirnya.
“Sophea, apa kata kita tumpang kereta Daniel nak?”
“Daniel? Kenapa kereta dia?” Sophea kelihatan terkejut.
“Alah... Sekali sekala dapat rasa naik kereta baru. Kereta mahal pulak tu.” Ujar Aliyana dengan perasaan teruja.
“Kereta dia, kereta apa?” Soal Sophea yang masih tidak jelas.
“Ferrari... Warna merah.” Dengan tiba- tiba, mulut Sophea ternganga luas cukup muat untuk dua jarinya masuk. Dia dengan pantas menutup kembali mulutnya apabila sedar orang di sekeliling restoran itu memerhatikannya.
“What? Biar betul?” Aliyana hanya mengangguk.
“Kaya giler budak tu!”
“Ayah dia yang hadiahkan dia sebab dah graduate. Best kan dia. Biasalah, ayah dia Datuk.” Aliyana memberi sedikit maklumat tambahan.
“Oh... eh, Ana. Kesian Mia ni. Kita asyik bersembang je kat sini. Cepat lah masuk.” Ujar Sophea.
“Eh, betul lah. Iish...” Mereka bertiga masuk ke restoran tersebut semula.  Sophea dan Aliyana berjalan dengan pantas sambil memapah Damia ke arah meja yang diduduki Daniel. Daniel hairan.
“Eh, tadi korang pergi mana?” Sophea dan Aliyana menarik nafas sebelum menghembus kembali.
“Daniel, tolong Damia.” Sophea berkata dalam nada serius.
“Hah? Tolong Mia? Kenapa dengan dia?” Daniel masih dalam kebingungan.
“Damia pengsan kat tandas tadi. Boleh tak tolong bawak dia pergi klinik?” Aliyana menjawab.
“Kenapa aku jugak? Korang tak ada kereta ke? Korang pergilah, aku tunggu je kat sini. Nanti makanan sampai, siapa nak bayar?” Aliyana dan Sophea melepaskan keluhan.
“Ish, kau ni! Banyak betul kau punya alasan.” Sophea berkata dengan nada yang marah.
“Daniel, tolong lah hantarkan kitaorang ke klinik. Ni kawan kau tahu tak? Takkan lah kau tak nak tolong?” Aliyana menambah. Daniel menjongketkan kedua-dua keningnya, sambil membuat muka yang terpaksa.
“Okey lah. Jap, aku nak ambik kunci kereta aku.” Dia bangun dari kerusi lalu tangannya menyeluk poket seluarnya. Selepas beberapa saat meraba- raba poketnya, riak wajahnya berubah. Aliyana dan Sophea kehairanan lalu memandang sesama sendiri.
“Ha, kenapa ni Daniel?” Aliyana bertanya.
“Habislah. Mana kunci kereta aku?!” Daniel teriak kecil.