21 September 2013

Bab 2- Rancangan Besar

S
o, sekarang ni kau dah graduate lah?” Damia menghisap air coke Mc Donald yang masih berbuih di dalam bekas minumannya.
“Ha’ah, betul tu.” Jawab Daniel, ringkas. Kening Damia bertaut.
“Habis tu, kau nak buat apa sekarang ni? Nak cari kerja ke, atau terus kahwin?” Soalnya selamba.
“Hish, kau ni. Aku tak nak kahwin lagi lah. Emm.. Pasal kerja, no problem. Ayah aku ada syarikat. Aku boleh kerja kat situ.” Daniel menggigit burger ayamnya. 
“Oh. Kenapa kau tak nak kahwin lagi? Tak de calon- calonnya lagi ke? Takkan la tak de kot... Kat luar negara tu banyak awek- awek yang cun, cantik belaka. Kau pilih je la. Atau pun, tak de yang sudi?” Tutur Damia diikuti ketawa kecil. Daniel menelan burger yang telah dikunyah sejak dari tadi.
 “Iiish... Not my taste lah! Aku belum jumpa lagi perempuan yang sesuai, yang boleh memahami aku.”
“Oh, sekejap. MashaAllah!!” Damia menepuk dahinya.
“Kenapa, Mia? Ada masalah ke?” Daniel segera bertanya kerana tiba- tiba Damia menjadi gelisah.
 “Aku lupa nak bagitau Aliyana, suruh dia jemput aku!” Damia menekan- nekan butang di telefon bimbit nokianya. Sepertinya, dia sedang menaip mesej.
“Hah? Aliyana? Ambik kau?” Daniel terkejut. Dia seperti pernah mengenali Aliyana. Sebenarnya, Daniel juga merupakan kawan lama kepada Aliyana.
“Okey. Aku dah text dia.” 
Daniel masih dalam kebingungan. 
“Aliyana... yang kawan kita dulu kan?” Damia mengangguk dengan yakin.
“Ye, Aliyana. Nur Aliyana Nabila. Dia classmates kau jugak dulu. Ingat tak?”
Daniel hanya menggosok- gosok dagunya. Kemudian, dia tersenyum. “Oh, ingat. Sekarang ni, Aliyana tinggal dengan kau la ye?”
“Ha’ah. Kenapa?” Damia mengunyah jejari kentangnya dengan perlahan.
“Tak ada apa- apalah. Saje tanya. Sophea tinggal dengan kau jugak?”
Damia mengambil garam yang disediakan di dalam peket kecil. Dia membubuh ke dalam jejari kentang dan menggoncangkannya agar garam sama rata.
“Hmm, sekarang baru masin! Sophea tak tinggal dengan aku lah. Aku pun tak tahu khabar dia sekarang. Kami dah tak berhubung sejak dia pindah hari tu.” Jelas Damia sambil mengunyah jejari kentangnya.
“Oh, jadinya kau tak tahu kat mana dia tinggal?”
“Tak. Lansung tak tahu.” Damia melihat jam tangannya. Lagi 5 minit ke pukul 6.15 petang. 
“Mana Aliyana ni... Entah- entah, jalan sesak kot...” Bisik hatinya.


Aliyana menekan pedal minyak keretanya. Letih kakinya. Asyik tekan, lepas, tekan, lepas. 
          “Aduh, bilalah nak sampai ni. Dahlah sesak. Macam ikan dalam belat aku tengok... Haih...” Rungutnya.
Tiba- tiba, seorang polis trafik lengkap beruniform memberi tanda agar para pemandu memberi laluan kepada beberapa buah kereta peronda polis yang kelihatan bergegas diikuti dengan ambulan yang membunyikan sirennya dengan kuat. Keadaan pada masa itu amat kelam kabut.
Aliyana memanjangkan lehernya lalu menjenguk keluar. Dia keluar dari kereta seperti pemandu- pemandu yang lain.
“Sila ke tepi, ambulan nak lalu. Sila beri kerjasama.” Kelihatan seorang polis trafik cuba menenangkan keadaan yang amat kecoh. Aliyana menggeleng- gelengkan kepalanya.
“Patutlah, ada kemalangan rupanya.” Dia mengeluh kecil lalu kembali ke keretanya. Dia membetulkan tudungnya yang sudah senget. 
“Haih... Kena bagitau Mia ni.” Dia menekan butang ‘dail’ lalu mendekatkan telefon bimbitnya ke telinga kanannya.
 Damia terkejut apabila terdengar lagu ‘Harapan’ oleh kumpulan Hyper Act. Rupa- rupanya, nada dering telefon bimbitnya.
“Aliyana? Daniel, sekejap. Aku nak jawab.”
Daniel hanya mengangguk sambil menguyah jejari kentang.
“Assalammualaikum, Mia.” Kedengaran suara Aliyana yang agak gelisah.
“Wa’alaikumsalam, Ana. Kat mana awak ni? Kita baru nak call awak.”
“Mia, sorry lah. Kita terperangkap dalam kesesakan lalu lintas  yang amat sesak... Ada kemalangan kat highway ni.” Aliyana meluahkan rasa bersalah.
“Oh, ye ke... Takpelah. Kalau awak tak boleh ambil kita, kita boleh naik cab je...” Damia berkata dengan selamba. Memang senang, kerana terdapat banyak teksi di luar KLIA ini bersedia menunggu para penumpang. Akan tetapi, tambangnya agak mahal.
“Eh, Mia. Tak payahlah. Kita dah nak sampai ni. Tunggu lagi sekejap ye... Boleh kan, Mia? Lagipun, kita ada sesuatu nak bagitau kat awak ni.” Ujar Aliyana.
Damia berfikir sejenak. “Okey. No prob. Kita pun, ada sesuatu nak bagitau awak ni. Tapi... Bila awak sampai kat sini lah...”
“Okey. Assalammualaikum.”
“Wa’alaikumsalam.” Damia menekan butang ‘end call’ lalu meletakkan telefon bimbitnya kembali.
“Aliyana telefon?” Daniel menanyakan soalan bodoh.
“Tak, hantu yang telefon aku tadi...” Damia berkata dengan penuh selamba sambil mengambil nugetnya. Daniel hanya senyum kambing. 
“Kenapa? Dia tak boleh ambik kau ke? Jalan sesak?” 
“Ha’ah.” Jawab Damia, ringkas.
“Oh, kalau macam tu, aku boleh tumpangkan kau.”
Tiba- tiba, Damia tersedak lalu terbatuk. Daniel dengan pantas menghulurkan air Coke yang masih berbaki kepada Damia. Dia menyedut dengan pantas. Mata- mata di sekeliling tertumpu ke arah mereka berdua.
“Kau okey?” Soal Daniel.
Damia masih terbatuk- batuk. Dia mengurut perlahan dadanya.
“A... Aku okey. Te... Te...rima kasih...”  mengambil tisu yang sudah tersedia atas meja. Dia mengelap mulutnya dengan cermat.


Sophea mengerling kearah jam tangan Rolexnya.
 “Bila lah masa kerja habis ni. Tak sabar nak jumpa kawan- kawan lama aku!” Dia berkata dalam hati. Kadang- kadang dia tersenyum, apabila teringat kembali zaman persekolahannya. Lamunannya terhenti apabila  sebuah kapal terbang kertas mendarat di meja kerjanya. Dia membuka lipatannya lalu membacanya.
“Sophea, jom dinner malam ni, nak?” Berkerut dahinya apabila membaca pesanan dari seseorang yang tidak dikenalinya. Dia cuba mencari butir- butir lain di segenap penjuru kertas itu.
“Your admire, Khairul.” Terlopong mulut Sophea.
“What the...” Sophea memejamkan matanya. Sesekali dia meraup mukanya. Khairul  sebenarnya kawan lamanya, begitu juga Aliyana, Damia dan juga Daniel.
 “Huh... sabar, Sophea. Sabar...” Dia cuba berpesan kepada dirinya. Dia mengonyok kertas tersebut. Langkah kakinya dihayunkan dengan pantas ke arah jejaka yang bernama Khairul tersebut.
“Okey, first sekali, sorry. Aku bukan nak bermaksud nak menolak tawaran kau, tapi...” Kata- katanya terhenti apabila Khairul memandang mukanya dengan penuh harapan.
“Tapi?” Khairul menjongketkan keningnya yang tajam itu.
“Aku ada dinner dengan kawan lama aku malam ni. Lagi satu, aku kan dah cakap. Aku tak ada apa- apa perasaan kat kau!” Sophea menegaskan kata- katanya. Muka Khairul berubah menjadi kecewa.
 “Aku tak bermaksud nak ajak kau keluar sebagai kekasih aku, cuma sekurang- kurangnya sebagai kawan rapat aku je... Aku minta maaf.” Khairul kesal dengan perbuatannya itu.
Sophea masih lagi marah. Kesabarannya masih tersisa. “Nasib baik aku tak bagi budak ni sepakan percuma. Kalau tak, melayang lah kau!” Sophea berkata sendiri sambil berjalan kembali ke tempatnya.
“Sophea...” Sophea menoleh belakang apabila sedar namanya dipanggil.
“Ye, apa kau nak?” Sophea memeluk tubuh.
“Ni ha, Datuk suruh kau check fail- fail ni. Katanya, hantar ke mejanya sebelum kau balik.” Khairul memberinya beberapa fail yang berkulit keras lalu beredar dengan perasaan yang agak kecewa.
Sophea memandang fail- fail tersebut dengan muka yang malas. “Ala.... nampaknya tak dapat lah aku balik awal hari ni.” Rungutnya.
Dia membelek- belek fail- fail tersebut. Mukanya masam mencuka apabila mengerling jam di tangannya. Dia memicit- micit dahinya.
“Okey, Sophea. Kau boleh buat... Kau boleh buat...” Sophea menarik nafas kemudian dilepaskan kembali.


“Assalammualaikum, Damia?”
Damia menoleh belakang apabila sedar namanya dipanggil. Sekujur tubuh yang bertudung dan berbaju kurung berdiri dibelakangnya. Damia melemparkan senyuman.
“Eh, Aliyana. Bila awak sampai?”
“Baru sekejap tadi. Nasib baik awak text kite yang awak ada kat sini. Kalau tak, sampai malamlah kita asyik memusing satu KLIA yang maha luas ni cari awak tau.” Aliyana memuncungkan mulutnya sedepa.
Damia hanya tersengih menampakkan giginya yang tersusun kemas. Pandangan Aliyana tertumpu pada sekujur tubuh yang sedang memakan burger yang berada bersama Damia. Dahinya berkerut, memikirkan sesuatu. Aliyana mencuit siku Damia.
“Mia, tu sape? Mamat mana pulak awak jumpa ni? Tengok gaya, macam orang luar je... Pakwe hang ka?” Aliyana memberi isyarat mata ke arah Daniel.
Damia melepaskan keluhan kecil. “Bukan lah, Aliyana. Ni kawan lama kita lah... Awak tak...” Tiba- tiba, Daniel mencelah.
“Kau tak ingat aku ke?” Daniel mengelap mulutnya.
Aliyana menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Kau ni sape eh? Aku... Aku memang tak ingat.” Aliyana menarik  kerusi di sebelah Damia lalu melabuhkan punggungnya.
Daniel tersenyum. “Aku Daniel Shahmi Muhammad Hairul. Classmates kau dulu...”
Dahi Aliyana berkerut. “Emm... jap... Daniel...” Aliyana menumpukan matanya kepada muka Daniel, dengan harapan otaknya akan ingat kembali. Aliyana menyiku Damia sambil berbisik.
“Mia, ni Daniel boyfriend Sophea tu kan?” Damia mengangguk.
 “Oh..... Okey. Sekarang, aku dah ingat. Wait... Serius ni?” Aliyana kelihatan terkejut.
“Ye lah.. Kenapa Aliyana?” Daniel juga terkejut.
“Tak de papelah, Daniel... Aku cuma terkejut. Muka kau lain sangat...”
“Oh, sebab tu rupanya. Mia pun terkejut jugak bila jumpa aku.” Daniel menyedut air Pepsi yang masih berbaki di dalam cawannya.
 “So... Macam mana korang boleh berjumpa ni? Oops.. Sorry. Macam mana korang boleh TERjumpa ni?” Aliyana memandang ke arah Damia kemudiannya Daniel.
“Aku terjumpa dia masa aku nak pergi kat mak aku. Aku tak sengaja terlanggar dia.” Daniel menekankan ayat ‘tak sengaja’ sambil memandang Damia. Damia menjeling tajam ke arah Daniel.
“Huh... tak sengaja konon... Nasib baik tulang belakang aku ni tak patah riuk tau! Kalau tak...”
“Kalau tak, apa?” Daniel dengan pantas memotong ayat Damia.
“Ade lah...” Damia menarik muka.
Aliyana yang berada disitu hanya tersenyum dengan gelagat kawan- kawannya itu.
“Mia, apa yang awak nak bagitau kita tu?" Aliyana cuba mengubah topik, tidak mahu pergaduhan ini berlarutan lebih lama.
“Tak ada apa- apa, pasal kita jumpa budak ni hah...” Damia menjeling ke arah Daniel. Aliyana mengangguk, tanda faham.
“Awak pulak? Awak nak bagitau apa kat kita?”
“Hm... awak mesti tak akan percaya pasal ni...” Aliyana cuba membuat suspen.
“Bagitau jelah...” Ujar Damia, ingin segera mengetahui.
“Jap...” Aliyana mengalihkan pandangannya ke arah Daniel.
“Daniel, kau ingat lagi tak gf kau dulu?” Kening Daniel bertaut.
“Emm.. yang mana?”
“Alaaa.... masa kat SMK Sungai Mas tu...”
“Ooh... Sophea ek?”
Aliyana mengangguk.
“Aku ingat lagi. Baru je tadi aku dengan Damia cakap pasal dia. Katanya korang dah tak berhubung lagi sejak dia pindah hari tu, kan?”
“Ye, betul tu... Memang aku dengan Mia dah tak jumpa dia lagi. Tapi, aku baru je dapat call dia pagi tadi. Seriously.” Aliyana berkata dengan yakin.
Kening Damia terangkat, manakala Daniel pula tidak menunujukkan apa- apa reaksi.
“Betul ke ni? Awak tak bergurau? Izzy Sophea?” Bertubi- tubi soalan yang diajukan Damia. Aliyana hanya mengangguk beberapa kali.
“Daniel, kau tak happy ke?” Aliyana hairan dengan reaksi Daniel setelah menceritakan khabar baik itu.
“Happy tu memang lah, tapi...” Daniel membalas dengan nada yang kecewa.
“Tapi apa?” Soal Aliyana apabila tiba- tiba ayat Daniel tergantung.
Daniel mengeluh kecil.
“Cakap je lah, Daniel. Aku pun nak tahu jugak.” Damia juga menunggu jawapan Daniel.
“Tapi, aku takut dia tak ada hati kat aku lagi...” Daniel menyambung ayatnya hanya di dalam hati.
“Tak ada apa- apa lah. Nothing.” Daniel senyum terpaksa.
Aliyana melihat jam tangannya yang berwarna ungu, iaitu warna kegemarannya. “Eh, dah nak maghrib ni. Mia, jom balik.”
“Eh, betul tu. Berborak sampai tak sedar masa.” Damia mengelap mulut dan tangannya dengan sekeping tissu. Dia membetulkan bajunya.
“Daniel, sorry lah. Aku nak berborak dengan kau lebih lama. Tapi aku memang ada hal malam ni. Emm... atau pun, apa kata kalau kau datang sekali kat sebuah restoran malam ni? Aku nak tahu jugak pasal kau sekarang ni.” Aliyana kelihatan bergegas. Begitu juga Damia.
“Restoran mana? Boleh jugak, sebab aku free malam ni.”
“Hm, bagus. Restoran Dol Tomyam kat Sungai Sekamat.”
“Dol Tomyam? Emm... Aku tak ingat lah tempat tu.”
“Alaaa.... tak ingat pulak. Haih... Okey, camni lah. Nanti, malam ni aku text kau alamat restoran tu. Kau ada nombor phone?” Aliyana mengambil buku nota kecil dan sebatang pen yang sudah tersedia di dalam beg tangannya, kemudian memberinya kepada Daniel. Daniel mencatit nombor telefon bimbitnya lalu memberinya kembali.
“Thanks, Daniel. Inshaallah, aku akan text kau malam ni. Okey, aku kena pergi. Assalammualaikum.” Aliyana memberi salam diikuti Damia.
“Wa’alaikumsalam...” Daniel menjawab dengan perlahan.

“Assalammualaikum, Datuk. Boleh saya masuk?” Kedengaran pintu diketuk beberapa kali.
“Wa’alaikumsalam. Cik Sophea, masuk lah.” Bosnya memberi izin.
“Datuk, ni fail- fail yang Datuk suruh saya check tu.” Sophea meletakkan beberapa fail yang berkulit keras di atas meja bosnya. Bosnya membelek- belek fail- fail tersebut. Serta- merta, air muka bosnya berubah.
“Emm... cik Sophea, sila duduk dulu.” Sophea berasa gelisah kerana tiba- tiba bosnya bertukar mood. Dia menarik kerusi yang berada bertentangan dengan bosnya kebelakang lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang empuk itu. Kakinya disilangkan.
“Kenapa, Datuk? Saya ada buat salah ke?” Sophea mula mengetap bibirnya. Perasaan bersalah tiba- tiba muncul di dalam dirinya.
“Awak tak buat apa- apa kesalahan...” Ayat yang  keluar dari mulut bosnya itu cukup membuatkan hatinya lega.
 “Tapi....” bossnya menyambung kembali ayat yang tergantung. Perasaan gelisah muncul kembali.
“Awak dapat fail- fail ni dari mana?” Soal bosnya, ringkas. Sophea berfikir sejenak. Otaknya ligat mengingati kembali.
“Tak silap saya, dari Khairul. Dia yang suruh saya check fail- fail ni, then hantar kat meja Datuk sebelum saya balik.” Sophea berkata dengan nada serius.
Tiba- tiba, bosnya ketawa kecil. Keningnya bertaut.
“Iish... Datuk ni. Suka buat suspen. Cepat lah cakap yang sebenarnya! Aku nak balik ni!” Getus hatinya.
Bosnya menenangkan diri sendiri.
“Sophea... Sophea...” Bosnya menggeleng- gelengkan kepala. Sophea bertambah hairan dengan kelakuan bosnya itu.
“Kenapa, Datuk? Something wrong ke?” Sophea menginginkan kepastian.
“Awak dah tengok tarikh penyata ni bila?” Bosnya menghulurkan salah satu fail yang berkulit keras itu kepada Sophea. Dengan pantas, dia meneliti tarikh penyata yang terdapat dalam fail tersebut. Tiba- tiba, mulut Sophea melopong. Secara automatik, mulutnya ditutup dengan tapak tangan kanannya. Sophea melepaskan keluhan kecil. Bossnya tersenyum.
“Alamak! Ni fail tahun lepas lah! Habislah aku... hish... Khairul ni! Jagalah engkau!!!” Sophea berkata di dalam hatinya sambil mematah- matahkan jarinya. Kedengaran bunyi meletup- letup.
“Cik Sophea, awak tak apa- apa ke?”, soal bosnya setelah melihat dia mematah- matahkan jarinya.
“I’m okey. Emm... Datuk.... saya.... saya memang tak perasan. Maafkan saya, Datuk.”
Bosnya asyik tersenyum, mungkin kerana gelagat P.A. nya itu.
“Jadi... Macam mana ni, Datuk?” Sophea berasa gelisah. Dia mengerling jam tangannya. Lagi 5 minit ke pukul 7 tepat.
“Okey. Macam ni lah. Oleh kerana dah lewat ni, Awak datang esok je lah. Tak apa, saya maafkan awak. Lain kali, awak check dulu tarikh penyata ni sebelum awak check yang lain- lain tu... Faham?” Jelas bosnya dengan tegas.
Bibir Sophea mengukir senyuman. “Ya, Baiklah. Terima kasih, Datuk. Saya minta diri dulu. Assalammualaikum.”
“Wa’alaikumsalam.”
Dia keluar dari pejabat bosnya dengan tergesa- gesa. Dia mengemas mejanya lalu mengambil beg tangannya.

“Mia, tolong slowkan aircond tu. Kita sejuk lah. Menggigil.” Gigi Aliyana berlaga.
“Oh. Awak sejuk? Takpe, bagi je kat kite aircond tu. Lagi sejuk, lagi best!” Damia memang begitu, akan tetapi Aliyana pula tidak suka akan kesejukan yang amat sangat.
“Hish... awak ni. Memang pelik. Kita rasa, kaki kita dah kebas lah. Tangan kita pulak, dah tak ada warna merah dan sejuk giler macam ais.” Kata Aliyana sambil meneliti tangannya itu. Damia senyum.
“Kita pun sama. Tapi, kita suka sejuk- sejuk ni. Best tau...”
“Haih... Apa- apa je lah...”
“Ana, betul ke kita nak pergi restoran tu malam ni? Awak serius?” Damia memandang tepat ke arah Aliyana. Aliyana menukar gear proton Personanya itu.
“Ye lah. Kenapa? Awak ada hal ke? Tak boleh pergi?”
“Emm... tak. Saje tanya. Maksudnya, kita berdua dengan Daniel je yang pergi, eh?” Damia menginginkan kepastian.
Aliyana menekan minyak dengan lama. Kereta memecut laju. Senyuman Aliyana kelihatan melebar . Seperti ada sesuatu yang dirancangkannya.
“Tak lah. Ada lagi seorang. Sophea.”
“Sophea ada sekali? Jap... Kita keliru lah. Cuba awak ceritakan dari awal. Kita blank lah...”
“Okey. Macam ni. Kita rancang nak temukan diorang semula. First, kita jemput Sophea pergi restoran tu malam ni. Pada mulanya, kita nak jumpa dia sebab nak cakap pasal diri dia sekarang ni. Tapi, bila awak terjumpa Daniel, kita dah rancang nak temukan diorang semula kat restoran tu malam ni. It is clear?” Damia tersenyum setelah mendengar rancangan Aliyana itu.
“Awak ni, tak habis- habis nak mengenakan diorang. Walau apa- apa pun, that is a nice plan! I’m like that... Wait a minute... Jadi, Daniel tak tahu yang dia akan berjumpa Sophea dan Sophea pulak tak tahu yang dia akan berjumpa dengan Daniel?”
“Yup. Exactly!” Aliyana mengangguk beberapa kali.
“Oh.. So, ada apa- apa yang boleh kita bantu?”
“Yup... memang ada. Macam ni. Masa Sophea dah sampai, awak cakap yang awak nak pergi tandas sekejap. Kita temankan awak sekali. So, dia tinggal sorang- sorang kat situ. Then, kalau tak silap kita Daniel akan sampai kat situ lambat sikit. So, kita akan call dia dari jauh, suruh dia tunggu kita berdua kat dalam restoran tu.”
“Jap... Masa tu, kita betul- betul pergi tandas ke?” Aliyana tergelak kecil.
“Tak lah. Masa tu kita pergi menyorok kat mana- mana tempat yang tersembunyi, tapi boleh perhatikan diorang dari situ. Awak faham tak?” Damia hanya mengangguk.
“Bagus. Pukul 9 malam, kita sampai kat situ. We had secret mission to do tonight! Highfive!”
Mereka tersenyum lebar, kerana mereka yakin bahawa rancangan rahsia mereka akan berjaya. Akan tetapi, sebenarnya lain pula yang akan berlaku.



Bab 1- Perjumpaan Semula


A
ssalammualaikum. Ini Izzy Sophea binti Azlean Hunwick ke?” Suara yang perlahan kedengaran di telefon bimbit Blackberry milik Sophea.
 “Waalaikummussalam. Ye, saya. Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap?” Sophea menjawab soalan yang diajukan oleh seseorang yang tidak dikenalinya itu dengan yakin.
 “Laaa… takkan la awak tak ingat kawan lama awak ni… Sedih tau…” Aliyana berpura- pura merajuk. Dahi Sophea berkerut seribu. Kening yang lurus bertaut.
“Siapa pulak kawan lama aku? Yang mana satu? Kawan lama aku banyak…” Soalan yang tidak pasti terjawab tercetus di benak fikirannya.
 “Maafkan saya, saya memang tak ingat. Awak ni siapa? Kita pernah sekolah bersama- sama ke?” Soalan keluar dengan laju dari bibir munggilnya.
“Serius ni awak tak ingat kita? Baiklah. Biar kita perkenalkan diri dulu. Nama kita Nur Aliyana Nabila. Kita berdua pernah bersekolah bersama- sama di SMK Sungai Mas. Kita pun classmates awak dulu.” Aliyana menjawab dengan lancar. Dengan automatik, mulut gadis kacukan Inggeris-Melayu itu ternganga luas bagaikan ternampak hantu. 
“Hello, Sophea? Awak tak apa- apa ke?” Spontan soalan yang ditujukan Aliyana apabila tiba- tiba suasana menjadi senyap.
 Sophea dengan segera menutup mulutnya apabila menyedari orang ramai melihatnya. “Aliyana Nabila? Ana ke ni?” Sophea masih tak percaya apa yang didengarnya.
“Yup. Kita la tu… Sophea? Kenapa ni? It is something wrong?” Aliyana risau apabila suasana menjadi senyap sunyi. Kedengaran seperti orang menarik nafas yang panjang dan menghembusnya kembali.
“Anaaaaa!!! Kita rindu awak!!!” Sophea menjerit seperti mana kawan baik yang sudah lama tidak bersua. Aliyana terkejut lalu menjauhkan telefon bimbit nokia miliknya dari telinganya.
 “Aduyai… Kuatnya suara dia..” Aliyana berkata sendiri sambil menggosok- gosok telinganya.
“Macam mana awak dapat nombor phone kita ni? Awak tinggal kat mana sekarang ni? Awak sudah bekerja atau awak sambung belajar? Awak sihat?” Satu persatu soalan berpantul keluar kerana teruja berjumpa kawan lama.
“Alhamdullillah, kita sihat aje. Sophea, apa kata kita berjumpa kat sebuah restoran nak? Kita pun, banyak hal yang nak diceritakan kat awak. Panjang lebar…” Belum sempat Aliyana menghabiskan ayatnya, Sophea menyampuk, “boleh je, lagi pun kita memang tak sabar- sabar nak jumpa awak. Rindu sangat! Emm.. Kat restoran mana kita nak berjumpa ni? Pukul berapa?” Aliyana termenung seketika, sambil otaknya ligat berfikir.
 “Haa! Awak tahu tak sebuah restoran di sebelah stesen minyak Shell, di Kampung Sekamat? Tak silap kita, Restoran Dol Tomyam.”
“Restoran.. Dol.. Tomyam…”, Sophea berkata perlahan sambil memerah otaknya untuk mengingati semula. 
“Oh, sudah tentu! Kita pun pernah pergi ke situ waktu dahulu. Rasanya, kita boleh pergi ke sana. Tak lah jauh sangat rumah kita dengan restoran itu,” Sophea berkata dengan ceria.
 “Baguslah kalau begitu. Lebih kurang pukul sembilan malam, kita dan Damia akan jumpa awak di sana. Jangan terlewat, ye!”
 “Eh, tunggu sekejap. Awak kata, Damia pun ada? Wah, rindunya kat korang!”
 “Ya, Damia tinggal serumah dengan kita. Tapi, dia outstasion sekarang ni. Nantilah kita ceritakan pasal kita bila kita berjumpa malam nanti, ye? Sekarang ni, kita kena jaga budak- budak ni. Maaflah, sekarang ni kita sibuk. Nanti kita call awak lagi tau. Assalammualaikum, Sophea…”
 “Waalaikummussalam. Jangan lupa datang malam nanti, tau!..”  Tut, tut, tut… Sebelum Sophea sempat menghabiskan ayatnya, Aliyana terlebih dahulu menekan butang end call. Senyum lebar terukir di bibir munggilnya.


Tangannya dengan pantas bergerak, menyusun fail- fail yang berselerakan di atas meja bosnya. Sambil menyusun, dia menyanyi perlahan, “segala kata cacian, yang telah engkau berikan, membuatkan ku rasa kosong, kosong oh…” Lagu Kosong yang meniti di bibirnya terhenti apabila mendengar pintu dikuak.
“Wah, bukan main gembira lagi awak ni. Nak jumpa seseorang ke?” Selamba saja bosnya bertanya. Bibir Sophea menguntum senyuman yang mekar.
 “Eh, Datuk ni. Ada- ada saje lah… Ya, memang pun saya nak jumpa seseorang. Saya hairan lah, macam mana Datuk boleh tahu? Datuk ada sixth sense ke? Best lah Datuk…” Sophea cuba menceriakan suasana dengan jenakanya. Sophea memang disenangi di kalangan rakan kerjanya kerana sikapnya yang kelakar itu.
 “Haih, awak ni. Kalau tak buat saya gelak, memang tak sah!” Balas bosnya diikuti ketawa kecil.
 Sophea tersengih menampakkan giginya yang putih dan tersusun kemas.
“Dari air muka awak, saya dah dapat tahu.” Bosnya berkata dengan nada yang agak serius sambil memandang Sophea seperti orang yang disyaki. Bosnya memang begitu, seorang yang agak optimis, dan berfikiran jauh. Moodnya selalu berubah- ubah, kadang- kadang baik, kadang- kadang serius.
 “Nak jumpa dengan siapa ni? Pakwe ke?” Bosnya cuba mengusik. Sophea yang tadinya tersenyum simpul, berubah kepada muka yang selamba, cuba untuk lari dari anak mata bosnya.
 “Takde lah Datuk, kawan lama aje. Classmates waktu dulu- dulu…” Ujar Sophea dengan senyuman.
 “Oh, classmates. Ha, awak batalkan meeting saya dengan client petang ni. Saya ada hal, kena pergi airport.” Arah bosnya sambil membetulkan tali leher yang sudah senget itu.
“Maafkan saya, Datuk tak boleh batalkan begitu aje. Client ni penting. Dia datang dari London. Katanya, kalau kita tak beri sepenuh layanan, dia tak akan berurusan dengan syarikat kita lagi. Datuk tak ingat ke?”
Spontan bosnya menepuk dahi. “Haih, lupa pulak saya. Baiklah. Nak tak nak, terpaksa jugaklah saya hadir meeting tu.”
“Baiklah, Datuk. Jangan lupa, meeting tu petang ni.” Sophea cuba mengingatkan bosnya.
“Baiklah. Teruskan kerja awak tu. Awak jangan lupa call Datin, beritahu dia yang saya tak dapat pergi petang ni.”
 “Okey, boss!” Sophea melemparkan senyuman sambil memberikan tabik spring kepada bosnya.
Bosnya keluar dengan ketawa kecil. Dari tadi, Sophea asyik tersenyum lebar sahaja kerana tidak sabar- sabar untuk pertemuannya dengan kawan lama. Tetapi, apa yang bakal dia hadapi, bukan seperti jangkaannya.


Di lapangan terbang KLIA, kelihatan seorang pemuda yang berkot hitam, berseluar jean dan berkacamata hitam meninjau sekeliling. Dahinya kadang- kadang berkerut, seperti mencari seseorang. Sekali- sekala dia menggosok- gosok matanya dan menutup mulutnya kerana menguap. Mungkin kerana letih atau mengantuk semasa penerbangannya dari Manchester, United Kingdom. Selama 6 tahun dia berada di negara yang sejuk itu adalah untuk menuntut di sebuah universiti yang terkenal, iaitu University of Manchester. 
Tiba- tiba, dia terdengar namanya dipanggil. “Along, along! Kat sini!!” Dari jauh, kelihatan seorang wanita yang berbadan gempal, memakai selendang sedang melambai- lambai ke arahnya. Dia berlari anak sambil menarik bagasinya untuk sampai ke pangkuan emaknya. Mukanya ceria, tersenyum lebar. Malang tidak berbau, secara tidak sengaja, dia terlanggar seorang wanita yang cantik yang kebetulan hendak pergi kearah yang sama juga. Gedebuk! Badannya yang sasa mendarat betul- betul di bahagian belakang wanita tersebut, sekaligus wanita itu tersembam lalu mencium lantai di KLIA yang berkilat itu.
“Aduh!” Wanita tersebut mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya yang sakit. Sakit di belakangnya juga tak terkira. Wanita tersebut membetulkan kedudukannya. Bagasinya tercampak. Fail- failnya pula berselerakan. Pemuda itu membetulkan bajunya yang tidak kemas. Kacamata hitamnya tercampak jauh. Dia mencapai kacamata hitamnya yang tercampak di sebelah wanita tersebut. Wanita tersebut mengerang kesakitan. Pemuda tersebut rasa bersalah lalu menolong wanita tersebut untuk bangun. Dia menghulurkan tangan.
 “Come. I’ll help you.” Secara tiba- tiba, tanpa disangkanya, wanita itu dengan pantas menepis tangannya itu, sehingga kacamata hitamnya tercampak kembali.
“Don’t touch me! I can do it by myself!” Wanita itu berkata dengan bersahaja. Pemuda itu membutangkan matanya kerana terkejut. Selalunya, tangannya tidak pernah ditepis dengan kasar begitu sekali. Dia menggosok perlahan tangan kanannya. 
“Huh! Sombongnya!” Dia berkata perlahan sambil mengutip kacamata hitamnya .
 Wanita tersebut menepis bajunya untuk menyingkirkan segala habuk yang mungkin melekat di kotnya. Dia membetulkan kacamata hitamnya yang senget. Sambil itu, pemuda itu mengambil bagasi dan fail- fail yang berselerakan kepunyaan wanita tersebut.
Pandangannya terhenti apabila anak matanya melihat fail resume wanita tersebut. “Damia Arissa Qistina... Damia... Hmm, macam pernah ku jumpa perempuan ni. Tapi, di mana ye?” Dia berkata sendiri. Otaknya masih ligat mengimbau zaman persekolahannya.
“Oh, Mia!” Mukanya bersinar apabila dia dapat mengenalpasti wanita itu.
“Here. It’s yours.” Dia memberi semula barang- barang kepunyaan wanita itu. Mukanya selamba, tidak seperti muka orang yang bersalah. Damia bangun dengan perlahan sambil memegang belakangnya yang sakit selepas di‘smackdown’ secara tidak sengaja oleh pemuda tersebut, yang sebenarnya merupakan kawan lamanya juga. Dia mengambil fail- failnya dari tangan pemuda tersebut dengan kasar.
“Dah lah smackdown aku, minta maaf apatah lagi sorry pun tak diucap. Huh! Sombong. Mentang- mentanglah baru balik dari negara omputih, nak berlagak pulak.” Damia mengomel sendirian.
“Dunia ni begitu kecil, bukan?” Dengan pantas pemuda itu bertanya.
“Pandai jugak kau cakap Bahasa Melayu kan, aku ingatnya kau dah lupa.” Damia berkata perlahan.
“Excuse me?” Pemuda itu berkata dengan suaranya yang garau.
“Eh, tak ada apa-apalah.” Damia memberikan senyuman tawar.
“Damia, kau ingat lagi tak aku?” Pemuda itu menanggalkan kacamata hitamnya. Damia menanggalkan kacamata hitamnya juga. 
“I’m sorry, did I know you?” Keningnya berkerut, memikirkan sesuatu.
“Mestilah. Nama aku Daniel Shahmi bt Muhammad Hairul. Kita kan pernah classmates dulu. Kau tak ingat ke?” Daniel berkata sambil menunjukkan mukanya. Damia menfokuskan anak matanya ke arah muka pemuda itu.
“Oh…. Ingat! Mestilah aku ingat. Wow… aku tak percaya ni kau. Sekarang ni kau memang lain kan! Kau baru balik dari mana ni?” Damia kelihatan teruja apabila berjumpa kawan lama sehingga terlupa belakangnya yang telah di‘smackdown’.
“Aku baru balik dari UK ni. Aku sambung belajar di University of Manchester kat sana. Tu haa.. Mak aku jemput aku.” Daniel menjawab sambil menunjuk ibunya yang berada lebih kurang 20 langkah di hadapannya.
 “Bila aku nak pergi sana, secara tak sengaja aku terlanggar kau. Mintak maaf la wey, aku memang tak perasan kau.” Sambungnya lagi.
“Oh, begitu rupanya. Tak pe lah. Aku okay je, cuma belakang aku ni ha...” Damia memegang belakangnya. Rasa sakit masih terasa. Akan tetapi, dia cuba untuk senyum.
 “Aku pun nak mintak maaf kat kau, sebab tetiba je aku tepis tangan kau tadi..” Mukanya masih menahan sakit yang amat sangat.  
“It’s okay, don’t worry about me. Eh, mak aku dah tunggu lama tu. Jom jumpa mak aku nak?” Kata Daniel dengan selamba.
 Muka Damia yang dari tadi seperti menahan kesakitan tiba- tiba berubah kepada muka yang hairan. Keningnya bertaut.
Daniel tersenyum. “Jangan salah faham, aku cuma nak perkenalkan kawan lama aku kat mak aku je,..” Damia tersengih, malu.
 “Assalammualaikum, mama.” Daniel bersalam dan mencium tangan emaknya yang sudah 4 tahun lebih tidak pulang ke pangkuan keluarganya. Dia memeluk erat emak yang disayanginya yang telah melahirkannya dan membesarkannya itu.
“Wa’alaikumsalam. Dah besar anak kesayangan mama ni. Rindu mama.” Emaknya mencubit pipinya. Mereka berpelukan seperti emak dan anak. Tanpa disedari, mata Damia menitiskan air mata yang membasahi pipinya yang gebu itu. Damia memang begitu, dia akan cepat tersentuh jika ada perkara yang sensitif. Tidak mahu dilihat orang, dia mengesat air matanya dengan segera menggunakan sapu tangannya yang telah diletakkan di dalam beg tangannya yang berwarna merah meron itu. Dia berdehem.
“Oh, maaf. Lupa pulak. Mama, ni kawan lama along. Namanya Damia. Dialah yang along terlanggar tadi.” Daniel sengaja menekankan ayat ‘terlanggar’. Damia menjeling tajam ke arah Daniel. Daniel hanya membuat muka yang selamba sahaja, seperti kebiasaannya.
“Assalammualaikum. Apa khabar, mak cik? Saya Damia. Kawan lama Daniel. Classmates sejak sekolah rendah lagi.” Damia menghulurkan tangan dan bersalam sambil melemparkan senyuman yang manis.
Tiba- tiba, Daniel menyiku Damia sambil berbisik, “Mia, Datin lah! Nama mak aku, Datin Fareesya.”
“Oh, sorry. Aku tak tahulah.” Damia berbisik kembali. Dia tersengih.
“Apa khabar, Datin? Maaflah, saya tersilap tadi. Saya memang betul- betul tak tahu.” Damia diselubungi rasa bersalah.
“Wa’alaikummussalam. Eh, tak apalah. Mak cik pun boleh. Alhamdullillah, mak cik sihat. Apa yang kamu buat di KLIA ni? Baru balik universiti macam Daniel ke?” Datin Fareesya memang begitu. Dia bukan sahaja peramah, malah merendah diri.
 “Eh, bukan. Saya baru flight dari Sarawak. Ada meeting dengan pelanggan- pelanggan di sana.”
 “Oh, ahli korporat la ni ye?” Datin Fareesya selalu tersenyum, menyebabkan dia disenangi para pekerjanya.
 “Ye, saya. Ini pun, baru kecil- kecilan. Kami belum sampai ke tahap pasaran antarabangsa lagi.” Damia merendah diri.
“Wah, dalam usia muda macam ni pun dah menjadi usahawan yang berjaya. Tahniah, teruskan usaha.” Datin Fareesya memberikan kata- kata semangat.
 “Ya, terima kasih. Kami akan cuba sedaya upaya.” Damia hanya tersenyum sehingga terlupa belakangnya yang sakit. Ketika itu, Datin Fareesya tertarik dengan perlakuan Daniel yang meninjau sekeliling. Kelihatannya, dia mencari seseorang.
 “Mama, mana papa?” Ringkas sahaja soalannya. Akan tetapi, Datin Fareesya susah menjawab pertanyaan anaknya itu. Air muka Datin Fareesya berubah apabila diajukan soalan sebegitu rupa. Datin Fareesya tunduk, lalu memandang semula muka anaknya. Daniel masih menanti jawapannya.
“Papa sibuk lah, along… Baru tadi dia kata ada mesyuarat dengan kawannya yang datang dari London. Katanya, atas urusan kerja. Mama harap, along janganlah marah dengan papa, ye. Mama harap, along faham.” Muka Daniel yang tadinya ceria, berubah menjadi kecewa. Dia kecewa dengan segala perbuatan ayahnya terhadap dirinya. Dia berasa bahawa ayahnya tidak mempunyai masa untuk dirinya.
“Kerja, kerja, kerja!!! Semuanya pasal kerja! Anak sendiri balik pun tak jemput! Huh!” Daniel marah, kadang- kadang berasa kecewa, ada juga rasa sedih yang terbuku di hatinya buat sekian lama. Damia hanya tunduk membisu, terkejut dengan reaksi kawan lamanya itu. Datin Fareesya melepaskan keluhan kecil. 
“Along, janganlah macam ni. Oh, ya! Papa mintak maaf kerana papa tidak dapat datang sekali. Sebenarnya, papa minta mama bagi ni kepada along. Mama minta maaf bagi pihak papa.” Emaknya  menghulurkan sesuatu. Sesuatu yang berbentuk seperti rantai kunci. Atau lebih tepat lagi, kunci kereta. Dia menyambut pemberian emaknya itu. 
“Eh, kunci apa ni mama?” Emaknya tersenyum melihat gelagat anaknya itu. Daniel memang senang untuk berubah mood.
“Inilah hadiah papa kepada along. Apa kata, along pergi keluar. Ada sesuatu untuk along.” Muka Daniel kini menjadi teruja. Dia tak sabar- sabar untuk melihat apa yang dimaksudkan emaknya itu. Dia berlari keluar. Damia dan Datin Fareesya hanya mengekorinya dari belakang.
“Oh my god!!” Mulut Daniel ternganga. Begitu juga Damia. Dia memang terkejut kerana betul- betul dihadapannya adalah sebuah kereta yang berwarna merah, sinonim dengan kereta buatan Itali iaitu Ferrari. Dia cuba untuk menghidupkan enjin kereta yang berkualiti tinggi itu dengan kunci yang diberi emaknya sebentar tadi. Vroom… Vroom.. Deruman enjin yang berkuasa 700 ekor kuda betul- betul membuatkannya tidak mampu berkata- kata.
“Wow, boleh tahan...” Secara spontan mulut Damia mengeluarkan ayat itu, mungkin kerana terkejut dan kagum. Datin Fareesya hanya tersenyum melihat gelagat anaknya itu. Daniel melompat keluar lalu memeluk emaknya dan mengucapkan terima kasih.
“Along kena ingat, ini hadiah pemberian papa. So,..” Belum sempat Datin Fareesya menghabiskan ayatnya, Daniel menyambung, “so, along mestilah memaafkan papa dan berterima kasih atas hadiah yang amat berharga ini,.. kan?” Daniel seperti dapat membaca apa yang hendak dikatakan ibunya.
“Betul, pandai anak mama!” Datin Fareesya mencubit hidung anaknya itu dengan manja.
“Of course, along kan anak mama.” Mereka ketawa bersama.
“Haih.. ‘Drama’ lagi. Tadi drama sedih, sekarang pulak drama gembira? Haih..” Damia berkata dalam hati.
“Mama, along nak pergi melepak jap dengan Damia. Kalau ada apa- apa, call along tau.” Terkejut benar Damia apabila tiba- tiba Daniel berkata begitu.
“Hah? Nak lepak dengan aku? Buat apa?” Damia berkata sendiri.