21 September 2013

Bab 1- Perjumpaan Semula


A
ssalammualaikum. Ini Izzy Sophea binti Azlean Hunwick ke?” Suara yang perlahan kedengaran di telefon bimbit Blackberry milik Sophea.
 “Waalaikummussalam. Ye, saya. Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap?” Sophea menjawab soalan yang diajukan oleh seseorang yang tidak dikenalinya itu dengan yakin.
 “Laaa… takkan la awak tak ingat kawan lama awak ni… Sedih tau…” Aliyana berpura- pura merajuk. Dahi Sophea berkerut seribu. Kening yang lurus bertaut.
“Siapa pulak kawan lama aku? Yang mana satu? Kawan lama aku banyak…” Soalan yang tidak pasti terjawab tercetus di benak fikirannya.
 “Maafkan saya, saya memang tak ingat. Awak ni siapa? Kita pernah sekolah bersama- sama ke?” Soalan keluar dengan laju dari bibir munggilnya.
“Serius ni awak tak ingat kita? Baiklah. Biar kita perkenalkan diri dulu. Nama kita Nur Aliyana Nabila. Kita berdua pernah bersekolah bersama- sama di SMK Sungai Mas. Kita pun classmates awak dulu.” Aliyana menjawab dengan lancar. Dengan automatik, mulut gadis kacukan Inggeris-Melayu itu ternganga luas bagaikan ternampak hantu. 
“Hello, Sophea? Awak tak apa- apa ke?” Spontan soalan yang ditujukan Aliyana apabila tiba- tiba suasana menjadi senyap.
 Sophea dengan segera menutup mulutnya apabila menyedari orang ramai melihatnya. “Aliyana Nabila? Ana ke ni?” Sophea masih tak percaya apa yang didengarnya.
“Yup. Kita la tu… Sophea? Kenapa ni? It is something wrong?” Aliyana risau apabila suasana menjadi senyap sunyi. Kedengaran seperti orang menarik nafas yang panjang dan menghembusnya kembali.
“Anaaaaa!!! Kita rindu awak!!!” Sophea menjerit seperti mana kawan baik yang sudah lama tidak bersua. Aliyana terkejut lalu menjauhkan telefon bimbit nokia miliknya dari telinganya.
 “Aduyai… Kuatnya suara dia..” Aliyana berkata sendiri sambil menggosok- gosok telinganya.
“Macam mana awak dapat nombor phone kita ni? Awak tinggal kat mana sekarang ni? Awak sudah bekerja atau awak sambung belajar? Awak sihat?” Satu persatu soalan berpantul keluar kerana teruja berjumpa kawan lama.
“Alhamdullillah, kita sihat aje. Sophea, apa kata kita berjumpa kat sebuah restoran nak? Kita pun, banyak hal yang nak diceritakan kat awak. Panjang lebar…” Belum sempat Aliyana menghabiskan ayatnya, Sophea menyampuk, “boleh je, lagi pun kita memang tak sabar- sabar nak jumpa awak. Rindu sangat! Emm.. Kat restoran mana kita nak berjumpa ni? Pukul berapa?” Aliyana termenung seketika, sambil otaknya ligat berfikir.
 “Haa! Awak tahu tak sebuah restoran di sebelah stesen minyak Shell, di Kampung Sekamat? Tak silap kita, Restoran Dol Tomyam.”
“Restoran.. Dol.. Tomyam…”, Sophea berkata perlahan sambil memerah otaknya untuk mengingati semula. 
“Oh, sudah tentu! Kita pun pernah pergi ke situ waktu dahulu. Rasanya, kita boleh pergi ke sana. Tak lah jauh sangat rumah kita dengan restoran itu,” Sophea berkata dengan ceria.
 “Baguslah kalau begitu. Lebih kurang pukul sembilan malam, kita dan Damia akan jumpa awak di sana. Jangan terlewat, ye!”
 “Eh, tunggu sekejap. Awak kata, Damia pun ada? Wah, rindunya kat korang!”
 “Ya, Damia tinggal serumah dengan kita. Tapi, dia outstasion sekarang ni. Nantilah kita ceritakan pasal kita bila kita berjumpa malam nanti, ye? Sekarang ni, kita kena jaga budak- budak ni. Maaflah, sekarang ni kita sibuk. Nanti kita call awak lagi tau. Assalammualaikum, Sophea…”
 “Waalaikummussalam. Jangan lupa datang malam nanti, tau!..”  Tut, tut, tut… Sebelum Sophea sempat menghabiskan ayatnya, Aliyana terlebih dahulu menekan butang end call. Senyum lebar terukir di bibir munggilnya.


Tangannya dengan pantas bergerak, menyusun fail- fail yang berselerakan di atas meja bosnya. Sambil menyusun, dia menyanyi perlahan, “segala kata cacian, yang telah engkau berikan, membuatkan ku rasa kosong, kosong oh…” Lagu Kosong yang meniti di bibirnya terhenti apabila mendengar pintu dikuak.
“Wah, bukan main gembira lagi awak ni. Nak jumpa seseorang ke?” Selamba saja bosnya bertanya. Bibir Sophea menguntum senyuman yang mekar.
 “Eh, Datuk ni. Ada- ada saje lah… Ya, memang pun saya nak jumpa seseorang. Saya hairan lah, macam mana Datuk boleh tahu? Datuk ada sixth sense ke? Best lah Datuk…” Sophea cuba menceriakan suasana dengan jenakanya. Sophea memang disenangi di kalangan rakan kerjanya kerana sikapnya yang kelakar itu.
 “Haih, awak ni. Kalau tak buat saya gelak, memang tak sah!” Balas bosnya diikuti ketawa kecil.
 Sophea tersengih menampakkan giginya yang putih dan tersusun kemas.
“Dari air muka awak, saya dah dapat tahu.” Bosnya berkata dengan nada yang agak serius sambil memandang Sophea seperti orang yang disyaki. Bosnya memang begitu, seorang yang agak optimis, dan berfikiran jauh. Moodnya selalu berubah- ubah, kadang- kadang baik, kadang- kadang serius.
 “Nak jumpa dengan siapa ni? Pakwe ke?” Bosnya cuba mengusik. Sophea yang tadinya tersenyum simpul, berubah kepada muka yang selamba, cuba untuk lari dari anak mata bosnya.
 “Takde lah Datuk, kawan lama aje. Classmates waktu dulu- dulu…” Ujar Sophea dengan senyuman.
 “Oh, classmates. Ha, awak batalkan meeting saya dengan client petang ni. Saya ada hal, kena pergi airport.” Arah bosnya sambil membetulkan tali leher yang sudah senget itu.
“Maafkan saya, Datuk tak boleh batalkan begitu aje. Client ni penting. Dia datang dari London. Katanya, kalau kita tak beri sepenuh layanan, dia tak akan berurusan dengan syarikat kita lagi. Datuk tak ingat ke?”
Spontan bosnya menepuk dahi. “Haih, lupa pulak saya. Baiklah. Nak tak nak, terpaksa jugaklah saya hadir meeting tu.”
“Baiklah, Datuk. Jangan lupa, meeting tu petang ni.” Sophea cuba mengingatkan bosnya.
“Baiklah. Teruskan kerja awak tu. Awak jangan lupa call Datin, beritahu dia yang saya tak dapat pergi petang ni.”
 “Okey, boss!” Sophea melemparkan senyuman sambil memberikan tabik spring kepada bosnya.
Bosnya keluar dengan ketawa kecil. Dari tadi, Sophea asyik tersenyum lebar sahaja kerana tidak sabar- sabar untuk pertemuannya dengan kawan lama. Tetapi, apa yang bakal dia hadapi, bukan seperti jangkaannya.


Di lapangan terbang KLIA, kelihatan seorang pemuda yang berkot hitam, berseluar jean dan berkacamata hitam meninjau sekeliling. Dahinya kadang- kadang berkerut, seperti mencari seseorang. Sekali- sekala dia menggosok- gosok matanya dan menutup mulutnya kerana menguap. Mungkin kerana letih atau mengantuk semasa penerbangannya dari Manchester, United Kingdom. Selama 6 tahun dia berada di negara yang sejuk itu adalah untuk menuntut di sebuah universiti yang terkenal, iaitu University of Manchester. 
Tiba- tiba, dia terdengar namanya dipanggil. “Along, along! Kat sini!!” Dari jauh, kelihatan seorang wanita yang berbadan gempal, memakai selendang sedang melambai- lambai ke arahnya. Dia berlari anak sambil menarik bagasinya untuk sampai ke pangkuan emaknya. Mukanya ceria, tersenyum lebar. Malang tidak berbau, secara tidak sengaja, dia terlanggar seorang wanita yang cantik yang kebetulan hendak pergi kearah yang sama juga. Gedebuk! Badannya yang sasa mendarat betul- betul di bahagian belakang wanita tersebut, sekaligus wanita itu tersembam lalu mencium lantai di KLIA yang berkilat itu.
“Aduh!” Wanita tersebut mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya yang sakit. Sakit di belakangnya juga tak terkira. Wanita tersebut membetulkan kedudukannya. Bagasinya tercampak. Fail- failnya pula berselerakan. Pemuda itu membetulkan bajunya yang tidak kemas. Kacamata hitamnya tercampak jauh. Dia mencapai kacamata hitamnya yang tercampak di sebelah wanita tersebut. Wanita tersebut mengerang kesakitan. Pemuda tersebut rasa bersalah lalu menolong wanita tersebut untuk bangun. Dia menghulurkan tangan.
 “Come. I’ll help you.” Secara tiba- tiba, tanpa disangkanya, wanita itu dengan pantas menepis tangannya itu, sehingga kacamata hitamnya tercampak kembali.
“Don’t touch me! I can do it by myself!” Wanita itu berkata dengan bersahaja. Pemuda itu membutangkan matanya kerana terkejut. Selalunya, tangannya tidak pernah ditepis dengan kasar begitu sekali. Dia menggosok perlahan tangan kanannya. 
“Huh! Sombongnya!” Dia berkata perlahan sambil mengutip kacamata hitamnya .
 Wanita tersebut menepis bajunya untuk menyingkirkan segala habuk yang mungkin melekat di kotnya. Dia membetulkan kacamata hitamnya yang senget. Sambil itu, pemuda itu mengambil bagasi dan fail- fail yang berselerakan kepunyaan wanita tersebut.
Pandangannya terhenti apabila anak matanya melihat fail resume wanita tersebut. “Damia Arissa Qistina... Damia... Hmm, macam pernah ku jumpa perempuan ni. Tapi, di mana ye?” Dia berkata sendiri. Otaknya masih ligat mengimbau zaman persekolahannya.
“Oh, Mia!” Mukanya bersinar apabila dia dapat mengenalpasti wanita itu.
“Here. It’s yours.” Dia memberi semula barang- barang kepunyaan wanita itu. Mukanya selamba, tidak seperti muka orang yang bersalah. Damia bangun dengan perlahan sambil memegang belakangnya yang sakit selepas di‘smackdown’ secara tidak sengaja oleh pemuda tersebut, yang sebenarnya merupakan kawan lamanya juga. Dia mengambil fail- failnya dari tangan pemuda tersebut dengan kasar.
“Dah lah smackdown aku, minta maaf apatah lagi sorry pun tak diucap. Huh! Sombong. Mentang- mentanglah baru balik dari negara omputih, nak berlagak pulak.” Damia mengomel sendirian.
“Dunia ni begitu kecil, bukan?” Dengan pantas pemuda itu bertanya.
“Pandai jugak kau cakap Bahasa Melayu kan, aku ingatnya kau dah lupa.” Damia berkata perlahan.
“Excuse me?” Pemuda itu berkata dengan suaranya yang garau.
“Eh, tak ada apa-apalah.” Damia memberikan senyuman tawar.
“Damia, kau ingat lagi tak aku?” Pemuda itu menanggalkan kacamata hitamnya. Damia menanggalkan kacamata hitamnya juga. 
“I’m sorry, did I know you?” Keningnya berkerut, memikirkan sesuatu.
“Mestilah. Nama aku Daniel Shahmi bt Muhammad Hairul. Kita kan pernah classmates dulu. Kau tak ingat ke?” Daniel berkata sambil menunjukkan mukanya. Damia menfokuskan anak matanya ke arah muka pemuda itu.
“Oh…. Ingat! Mestilah aku ingat. Wow… aku tak percaya ni kau. Sekarang ni kau memang lain kan! Kau baru balik dari mana ni?” Damia kelihatan teruja apabila berjumpa kawan lama sehingga terlupa belakangnya yang telah di‘smackdown’.
“Aku baru balik dari UK ni. Aku sambung belajar di University of Manchester kat sana. Tu haa.. Mak aku jemput aku.” Daniel menjawab sambil menunjuk ibunya yang berada lebih kurang 20 langkah di hadapannya.
 “Bila aku nak pergi sana, secara tak sengaja aku terlanggar kau. Mintak maaf la wey, aku memang tak perasan kau.” Sambungnya lagi.
“Oh, begitu rupanya. Tak pe lah. Aku okay je, cuma belakang aku ni ha...” Damia memegang belakangnya. Rasa sakit masih terasa. Akan tetapi, dia cuba untuk senyum.
 “Aku pun nak mintak maaf kat kau, sebab tetiba je aku tepis tangan kau tadi..” Mukanya masih menahan sakit yang amat sangat.  
“It’s okay, don’t worry about me. Eh, mak aku dah tunggu lama tu. Jom jumpa mak aku nak?” Kata Daniel dengan selamba.
 Muka Damia yang dari tadi seperti menahan kesakitan tiba- tiba berubah kepada muka yang hairan. Keningnya bertaut.
Daniel tersenyum. “Jangan salah faham, aku cuma nak perkenalkan kawan lama aku kat mak aku je,..” Damia tersengih, malu.
 “Assalammualaikum, mama.” Daniel bersalam dan mencium tangan emaknya yang sudah 4 tahun lebih tidak pulang ke pangkuan keluarganya. Dia memeluk erat emak yang disayanginya yang telah melahirkannya dan membesarkannya itu.
“Wa’alaikumsalam. Dah besar anak kesayangan mama ni. Rindu mama.” Emaknya mencubit pipinya. Mereka berpelukan seperti emak dan anak. Tanpa disedari, mata Damia menitiskan air mata yang membasahi pipinya yang gebu itu. Damia memang begitu, dia akan cepat tersentuh jika ada perkara yang sensitif. Tidak mahu dilihat orang, dia mengesat air matanya dengan segera menggunakan sapu tangannya yang telah diletakkan di dalam beg tangannya yang berwarna merah meron itu. Dia berdehem.
“Oh, maaf. Lupa pulak. Mama, ni kawan lama along. Namanya Damia. Dialah yang along terlanggar tadi.” Daniel sengaja menekankan ayat ‘terlanggar’. Damia menjeling tajam ke arah Daniel. Daniel hanya membuat muka yang selamba sahaja, seperti kebiasaannya.
“Assalammualaikum. Apa khabar, mak cik? Saya Damia. Kawan lama Daniel. Classmates sejak sekolah rendah lagi.” Damia menghulurkan tangan dan bersalam sambil melemparkan senyuman yang manis.
Tiba- tiba, Daniel menyiku Damia sambil berbisik, “Mia, Datin lah! Nama mak aku, Datin Fareesya.”
“Oh, sorry. Aku tak tahulah.” Damia berbisik kembali. Dia tersengih.
“Apa khabar, Datin? Maaflah, saya tersilap tadi. Saya memang betul- betul tak tahu.” Damia diselubungi rasa bersalah.
“Wa’alaikummussalam. Eh, tak apalah. Mak cik pun boleh. Alhamdullillah, mak cik sihat. Apa yang kamu buat di KLIA ni? Baru balik universiti macam Daniel ke?” Datin Fareesya memang begitu. Dia bukan sahaja peramah, malah merendah diri.
 “Eh, bukan. Saya baru flight dari Sarawak. Ada meeting dengan pelanggan- pelanggan di sana.”
 “Oh, ahli korporat la ni ye?” Datin Fareesya selalu tersenyum, menyebabkan dia disenangi para pekerjanya.
 “Ye, saya. Ini pun, baru kecil- kecilan. Kami belum sampai ke tahap pasaran antarabangsa lagi.” Damia merendah diri.
“Wah, dalam usia muda macam ni pun dah menjadi usahawan yang berjaya. Tahniah, teruskan usaha.” Datin Fareesya memberikan kata- kata semangat.
 “Ya, terima kasih. Kami akan cuba sedaya upaya.” Damia hanya tersenyum sehingga terlupa belakangnya yang sakit. Ketika itu, Datin Fareesya tertarik dengan perlakuan Daniel yang meninjau sekeliling. Kelihatannya, dia mencari seseorang.
 “Mama, mana papa?” Ringkas sahaja soalannya. Akan tetapi, Datin Fareesya susah menjawab pertanyaan anaknya itu. Air muka Datin Fareesya berubah apabila diajukan soalan sebegitu rupa. Datin Fareesya tunduk, lalu memandang semula muka anaknya. Daniel masih menanti jawapannya.
“Papa sibuk lah, along… Baru tadi dia kata ada mesyuarat dengan kawannya yang datang dari London. Katanya, atas urusan kerja. Mama harap, along janganlah marah dengan papa, ye. Mama harap, along faham.” Muka Daniel yang tadinya ceria, berubah menjadi kecewa. Dia kecewa dengan segala perbuatan ayahnya terhadap dirinya. Dia berasa bahawa ayahnya tidak mempunyai masa untuk dirinya.
“Kerja, kerja, kerja!!! Semuanya pasal kerja! Anak sendiri balik pun tak jemput! Huh!” Daniel marah, kadang- kadang berasa kecewa, ada juga rasa sedih yang terbuku di hatinya buat sekian lama. Damia hanya tunduk membisu, terkejut dengan reaksi kawan lamanya itu. Datin Fareesya melepaskan keluhan kecil. 
“Along, janganlah macam ni. Oh, ya! Papa mintak maaf kerana papa tidak dapat datang sekali. Sebenarnya, papa minta mama bagi ni kepada along. Mama minta maaf bagi pihak papa.” Emaknya  menghulurkan sesuatu. Sesuatu yang berbentuk seperti rantai kunci. Atau lebih tepat lagi, kunci kereta. Dia menyambut pemberian emaknya itu. 
“Eh, kunci apa ni mama?” Emaknya tersenyum melihat gelagat anaknya itu. Daniel memang senang untuk berubah mood.
“Inilah hadiah papa kepada along. Apa kata, along pergi keluar. Ada sesuatu untuk along.” Muka Daniel kini menjadi teruja. Dia tak sabar- sabar untuk melihat apa yang dimaksudkan emaknya itu. Dia berlari keluar. Damia dan Datin Fareesya hanya mengekorinya dari belakang.
“Oh my god!!” Mulut Daniel ternganga. Begitu juga Damia. Dia memang terkejut kerana betul- betul dihadapannya adalah sebuah kereta yang berwarna merah, sinonim dengan kereta buatan Itali iaitu Ferrari. Dia cuba untuk menghidupkan enjin kereta yang berkualiti tinggi itu dengan kunci yang diberi emaknya sebentar tadi. Vroom… Vroom.. Deruman enjin yang berkuasa 700 ekor kuda betul- betul membuatkannya tidak mampu berkata- kata.
“Wow, boleh tahan...” Secara spontan mulut Damia mengeluarkan ayat itu, mungkin kerana terkejut dan kagum. Datin Fareesya hanya tersenyum melihat gelagat anaknya itu. Daniel melompat keluar lalu memeluk emaknya dan mengucapkan terima kasih.
“Along kena ingat, ini hadiah pemberian papa. So,..” Belum sempat Datin Fareesya menghabiskan ayatnya, Daniel menyambung, “so, along mestilah memaafkan papa dan berterima kasih atas hadiah yang amat berharga ini,.. kan?” Daniel seperti dapat membaca apa yang hendak dikatakan ibunya.
“Betul, pandai anak mama!” Datin Fareesya mencubit hidung anaknya itu dengan manja.
“Of course, along kan anak mama.” Mereka ketawa bersama.
“Haih.. ‘Drama’ lagi. Tadi drama sedih, sekarang pulak drama gembira? Haih..” Damia berkata dalam hati.
“Mama, along nak pergi melepak jap dengan Damia. Kalau ada apa- apa, call along tau.” Terkejut benar Damia apabila tiba- tiba Daniel berkata begitu.
“Hah? Nak lepak dengan aku? Buat apa?” Damia berkata sendiri.

No comments:

Post a Comment